Jaringan Prihatin dilanjut sehingga 31 Ogos

July 1, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos depan, kata kenyataan kementerian itu hari ini.

Semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui dua belas syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Memetik laporan Bernama, program bernilai RM3.5 bilion itu adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambahbaik di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), ia dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei lalu.

MOF berkata sehingga 22 Jun lalu jumlah pendaftaran bagi program itu telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu, secara keseluruhan hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program tersebut.

“Ini adalah untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah, katanya.

Selaras dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Fasa 1 dan juga tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama sebulan, sehingga 31 Ogos 2021, kata MOF.

“Tempoh perlaksanaan program turut dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2022. Lanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR baharu untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin,” katanya.

Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian, tambah Kementerian.

Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo.

Program ini diperkenalkan berdasarkan konsep keterangkuman dan langkah untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke arah ekonomi digital, untuk memastikan tiada golongan yang akan tercicir.

Berita berkaitan
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Selangor boleh jadi ‘Super Smart State’ dengan manifesto ditawar PN: Azmin
August 5, 2023· Politik
Dokumen didedah bukti PMX berbohong, Muhyiddin minta peguam teruskan tindakan saman
July 20, 2023· Politik
Berjaya, Naza saman Kementerian Kewangan
July 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok