‘Janji suami benar-benar ‘pulang’, saya juga hilang 14 jiran kerana Covid’

June 14, 2021 · Isu semasa

Seperti yang dijanjikan dengan penuh yakin kepada isteri dan anak-anaknya bahawa dia akan kembali, sebelum menaiki ambulans ke pusat kuarantin Covid-19 di Kulim, Ismail Putih benar-benar ‘pulang’ tetapi kembalinya dalam keadaan berbeza.

“Jangan lupa, hari kelima jemput ayah balik, masa tu mesti dah lega,” pesan Ismail kepada anak-anaknya pada 30 Mei laku sebelum menaiki ambulans di rumahnya di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah.

Seperti yang beliau janjikan, Ismail, 63, benar-benar ‘pulang’ pada hari kelima, dan tatkala mengimbas detik itu, isterinya Fadzilah Kassim, 57, berkata kali terakhir bertentang mata dengan buah hatinya itu, arwah cukup ceria walaupun ‘sakit’.

“Hari tu, sebelum pergi ke pusat kuarantin, arwah sempat bergurau dengan anak-anak dan siap buat video rakamkan perjalanannya ke pusat kuarantin,” katanya.

Fadzilah berkata, dia serta tiga anaknya turut disahkan positif Covid-19 dan wabak itu bukan sahaja menyebabkannya kehilangan tulang belakang keluarga, malah 14 jiran yang tinggal di kawasan perumahan sama turut ‘dirampas’, dalam tempoh hanya kira-kira dua minggu.

“Saya kenal mereka semua, kebanyakan dah tua, tapi ada juga yang muda… cepatnya ya Allah, sebaik tiba di Kulim, saya diberitahu keadaan suami terus kritikal dan dia dibawa ke Hospital Kulim dan terus ‘ditidurkan’, pada 4 Jun tepat jam 12 tengah hari, dia dah tak ada.

“Tapi saya rasa macam dia masih ada, sebab masa pergi dia nampak sihat macam biasa, dia cuma ada kencing manis, umur memang dah 60 lebih, tapi dia masih aktif, fit dan ‘handsome’, sekarang rasa macam dia masih dirawat di wad, tak boleh balik lagi,” kata Fadzilah cuba menutup duka di hatinya.

Memetik laporan Bernama Fadzilah berkata beliau masih cuba menerima kenyataan dan bersyukur kerana mendapat sokongan yang kuat daripada ahli keluarga serta rakan-rakan, yang tidak jemu bertanya khabarnya dan anak-anak.

“Arwah dikenali ramai sebab dia bekas pegawai kepada wakil rakyat di kawasan kami, arwah selalu turun bersama untuk tengok masalah dan bantu bagi sumbangan kepada masyarakat, jadi ramai yang kenal arwah, ambil berat anjurkan bacaan Yassin serta tahlil untuk arwah,” katanya.

Sementara itu seorang guru Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadzy, 28, pula berkata, mendapat berita seorang demi seorang jirannya dijemput Ilahi bukannya suatu perkara yang menyenangkan, malah pengalaman itu menyebabkan kedua orang tuanya trauma dan dirundung kesedihan yang teramat.

“Seramai 15 orang jiran kami meninggal dunia disebabkan Covid-19, kebanyakannya adalah kawan rapat mak dan ayah, saya juga kenal mereka sejak kecil, sebab itu mak dan ayah terlalu sedih dengan apa yang terjadi.

“Esok tamat PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), tapi mak pesan dekat kakak jangan balik rumah tiga bulan, padahal kakak duduk dekat taman kami saja. Mak terlalu trauma, dia tak mahu ambil risiko benarkan anak cucu datang,” katanya yang juga terbabit dalam kluster Dah Mahsuri.

Mengimbas sebelum ini, ibu serta ayahnya mula mendapat simptom Covid-19, Muhammad Fadlan berkata ibunya Azizah Abdullah, 62, mula demam pada hari raya pertama (13 Mei), diikuti ayahnya Mhd Fadzy Ismail, 66, pada raya ketiga dan akhirnya dirinya turut demam.

“Saya dihantar ke pusat kuarantin di Sungai Petani, emak ke Kulim dan ayah ke Hospital Kuala Nerang kerana paras oksigennya rendah. Kami tak tahu siapa yang dijangkiti dulu, sebab ayah dan mak memang jemaah surau di taman ni, saya pun selalu ke surau,” katanya.

Muhammad Fadlan berkata perit akibat diserang Covid-19 sukar untuk diceritakan, namun dia bersyukur kerana dia dan keluarganya berjaya mengharungi dugaan itu.

“Saya bersimpati dengan rakan-rakan yang kehilangan ahli keluarga, salah seorang rakan saya yang tinggal berdekatan rumah kami, kehilangan ayah dan datuk sekali gus, sangat menyedihkan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengesahkan, seramai 15 jemaah masjid di Taman Mahsuri, yang positif Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh dua minggu lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dan wabak itu dikesan mula menjangkiti jemaah masjid terbabit sejak Mei, hingga tercetusnya kluster Dah Mahsuri, membawa pelaksanaan PKPD di Taman Mahsuri di sini, sejak 18 Mei lalu, dan akan berakhir esok.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok