Janji macam-macam tapi…: Veteran tentera kecewa Bajet 2023

October 9, 2022 · Isu semasa

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar melihat Bajet 2023 seakan tidak memihak kepada golongan pesara tentera.

Mior yang juga Penasihat Undang-Undang Majlis Reunion Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyoal janji-janji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap kebajikan veteran tentera.

“Sebelum bajet, menteri pertahanan sebut macam-macam janji akan masuk belanjawan… tapi satu pun tak masuk,” katanya.

Mior Rosli juga mendakwa bajet yang dibentangkan langsung tidak menitikberatkan hak yang dituntut mereka.

“Sebenarnya Bajet 2023 tidak menyentuh satu pun apa yang kami tuntut dari hak kami dari sudut undang-undang,” katanya menurut MKini.

Sebelum ini, PSPRM antara lain menuntut supaya pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

Selain itu, mereka juga menggesa diwujudkan lembaga pengampunan bagi bekas tentera yang diberhentikan kerana isu disiplin.

Janji macam-macam, satu pun tiada: Veteran tentera kecewa Bajet 2023

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM), Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar melihat Belanjawan 2023 seakan tidak memihak kepada golongan pesara tentera.

Mior yang juga Penasihat Undang-Undang Majlis Reunion Bekas Perajurit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyoal janji-janji Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein terhadap kebajikan veteran tentera.

“Sebelum bajet, menteri pertahanan sebut macam-macam janji akan masuk belanjawan… tapi satu pun tak masuk,” katanya.

Mior Rosli juga mendakwa bajet yang dibentangkan langsung tidak menitikberatkan hak yang dituntut mereka.

“Sebenarnya Bajet 2023 tidak menyentuh satu pun apa yang kami tuntut dari hak kami dari sudut undang-undang,” katanya menurut MKini.

Sebelum ini, PSPRM antara lain menuntut supaya pencen tentera yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun.

Selain itu, mereka juga menggesa diwujudkan lembaga pengampunan bagi bekas tentera yang diberhentikan kerana isu disiplin.

Mior Rosli dilaporkan berkata PSPRM tidak berpuas hati dengan bajet yang dibentangkan kerana tiada peruntukan khusus yang diberikan kepada bekas-bekas tentera.

“Pesara tentera tidak ada peruntukan apa-apa, nak puas hati macam mana?

“Kalau bajet kata veteran dapat tambang separuh harga.. sudah 30 tahun kami dapat tambang kereta api separuh harga.

“Bukan kami je dapat, semua warga emas pun dapat,” katanya.

Bajet 2023 memperuntukkan diskaun 50 peratus kepada veteran (ATM) dan pesara polis yang menggunakan pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), tahun depan.

Peruntukan melalui inisiatif MyWIRA itu dijangka memanfaatkan kira-kira 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang serta Pulau Pinang.

September lalu, kira-kira lebih 100 veteran ATM berkumpul di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri bagi menuntut hak kebajikan mereka.

Antara tuntutan yang dibuat adalah berkenaan penyelarasan pencen dapat serta mendesak kerajaan mengkaji semula pencen hilang upaya terhadap veteran yang cedera perang dan semasa bertugas.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Isu undi awal tentera, Anwar digesa lapor kepada SPRM
November 13, 2022· Politik
Isu undi tentera, Anwar akan serah bukti kepada SPR
November 12, 2022· Politik
Bajet 2023 yang dibentang sudah tidak sah lagi, kata pakar undang-undang
October 17, 2022· Isu semasa
Bubar Parlimen selepas bentang Bajet 2023 abai kepentingan rakyat: Rais
October 11, 2022· Isu semasa
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok