Jangkitan turun sedikit semalam, 286,599 pesakit kuarantin di rumah

Jumlah jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 17 Mac 2022), turun sedikit berbanding yang dicatat pada Rabu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) tengah malam ini.

Menerusi kemas kini laman sesawang CovidNOW kendaliannya sebentar tadi, KKM memaklumkan dalam tempoh itu sebanyak 27,004 jangkitan baharu dilaporkan, berbanding 28,298 kes pada Rabu.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,927,437 kes, dengan 3,596,453 pesakit telah sembuh, 34,185 kes kematian dilaporkan, dan 296,799 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 286,599 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,971 ditempatkan di PKRC; 7,856 dimasukkan ke hospital; dan 373 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 225 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga 16 Mac, seramai 25,779,848 atau 78.9 peratus populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19, manakala 27,364,874 atau 83.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 15,393,296 atau 65.4 peratus daripada populasi dewasa pula menerima dos penggalak.

Statistik CovidNOW juga menunjukkan hanya lima daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan yang merekodkan peningkatan jangkitan harian Covid-19 semalam.

Perak merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 1,561 kes berbanding 1,446 kes pada Rabu, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 174,389 kes, dengan 160,221 pesakit telah sembuh, 1,686 kematian dan 12,482 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 11,607 pesakit di Perak diarah menjalani kuarantin di rumah; 72 ditempatkan di PKRC; 775 dimasukkan ke hospital; dan 28 pesakit dirawat di ICU, dengan 18 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Pahang mencatat 1,434 kes baharu berbanding 1,302 pada Rabu, diikuti Sabah (769 kes baharu, 708 Rabu); Melaka (750 kes baharu, 727 Rabu); dan Perlis (171 kes bahru, 159 Rabu).

Kes di Selangor walaupun mencatat penurunan, namun merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 7,558 kes baharu berbanding 7,561 pada Rabu.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 17 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR