Jangkitan turun kepada 6,069 kes semalam, 12 kematian dilaporkan

April 20, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 6,069 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 19 April), turun berbanding 7,140 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah yang turut melibatkan 110 kes import itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,402,234 kes.

Daripada jumlah itu, 4,274,746 pesakit telah pulih, 35,449 kematian direkodkan, dan 92,039 kes masih aktif, termasuk 89,698 individu yang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 256 lagi pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Bersepadu Covid-19 (PKRC); 1,988 dimasukkan ke hospital; dan 97 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 64 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, tiada pesakit yang dimasukkan ke PKRC di lapan negeri iaitu Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Labuan, dan Putrajaya, manakala Kuala Lumpur mencatat jumlah tertinggi ditempatkan di PKRC seramai 120 pesakit.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sembilan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan kes baharu semalam.

Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes pada Selasa ialah:

  • Kuala Lumpur – 830 kes (415 Isnin);
  • Negeri Sembilan – 470 kes (290 Isnin);
  • Pulau Pinang – 237 kes (166 Isnin);
  • Melaka – 225 kes (94 Isnin);
  • Sarawak – 160 kes (92 Isnin);
  • Pahang – 90 kes (64 Isnin);
  • Sabah – 79 kes (58 Isnin);
  • Kelantan – 49 kes (40 Isnin); dan
  • Putrajaya – 47 kes (11 Isnin).

Data menunjukkan sehingga kini Kuala Lumpur mencatat 343,011 kumulatif positif, dengan 333,073 pesakit telah pulih; 2,813 kematian dan 7,125 kes masih aktif, termasuk 6,853 menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 120 pesakit lagi dirawat di PKRC; 146 dimasukkan ke hospital; dan enam dirawat di ICU, dengan lima daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah kumulatif kes positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga 19 April 2022 mengikut negeri:

  • Selangor – 1,313,434;
  • Johor – 380,756;
  • Sabah – 370,049;
  • Kuala Lumpur – 343,011;
  • Sarawak – 304,142;
  • Kedah – 297,537;
  • Pulau Pinang – 275,330;
  • Kelantan – 247,070;
  • Negeri Sembilan – 199,113;
  • Perak – 198,381;
  • Pahang – 170,135;
  • Terengganu – 125,310;
  • Melaka – 120,752;
  • Labuan – 21,245;
  • Putrajaya – 18,793; dan
  • Perlis – 17,176.

Sementara itu, seramai 12 lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau kes BID.

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac tahun lalu meningkat kepada 35,449 kes, termasuk 7,497 kes BID.

Perak mencatat kematian tertinggi semalam berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak lima kes, menjadikan kumulatif 1,902 kes.

Ini diikuti tiga kematian di Johor, dan masing-masing satu di Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya. Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di 10 negeri dan Wilayah Persekutuan lain.

KKM turut melaporkan lima lagi kluster baharu Covid-19 – semuanya berkaitan pendidikan – di empat negeri semalam, yang membabitkan 279 individu dijangkiti virus SARS-CoV-2.

Kluster berkenaan melibatkan:

  • Kluster Jalan Dato Harun, Alor Gajah, Melaka – 52 kes;
  • Kluster Km132 Ayer Pa’abas, Alor Gajah dan Melaka Tengah – 145 kes;
  • Kluster Ulu Gadong 2, Rembau, Negeri Sembilan – 38 kes;
  • Kluster Jalan Nuri Kulai, Kulai, Johor – 7 kes; dan
  • Kluster Jalan Pendidikan Malawati 2, di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat – 37 kes.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 19 April 2022.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok