
Data jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara pada 20 Mac 2022.
Jangkitan harian baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 20 Mac 2022), turun lagi buat hari keempat berturut-turut – di bawah 20,000 kes.
Berdasarkan trend jangkitan harian sekarang ini, kumulatif positif di Malaysia dijangka melepasi angka empat juta hari ini. Untuk rekod empat kes pertama Covid-19 di negara ini dikesan pada 25 Januari 2020 yang semuanya melibatkan kes import warga China.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh itu sebanyak 19,105 jangkitan baharu dilaporkan, turun 3,236 kes berbanding 22,341 kes pada Sabtu.
Angka itu menjadikan kumulatif kes sejak awal 2020 hingga semalam meningkat kepada 3,993,124 kes, dengan 3,684,665 pesakit telah pulih, 34,400 kes kematian, dan 274,059 kes aktif.
Menurut data laman sesawang CovidNOW, dariapda jumlah kes aktif itu 264,985 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,623 ditempatkan di PKRC; 7,080 dimasukkan ke hospital; dan 371 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 203 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh minggu ini, majoriti jangkitan Covid-19 melibatkan kumpulan umur 18 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 44,979 kes. Jumlah kes bagi kumpulan umur lain membabitkan:
- 41,349 kes = 30 – 39 tahun;
- 23,934 kes = 40 – 49 tahun;
- 16,170 kes = 50 – 59 tahun;
- 10,844 kes = 60 – 69 tahun;
- 10,565 kes = 0 – 4 tahun;
- 10,440 kes = 5 – 11 tahun;
- 6,357 kes = 12 – 17 tahun;
- 5,043 kes = 70 – 79 tahun; dan
- 2,155 kes = 80 tahun dan ke atas.
Sejak 24 Februari 2021 hingga Sabtu, seramai 25,785,542 atau 79.0 peratus daripada populasi Malaysia telah lengkap menerima vaksin Covid-19 masing-masing.
Seramai 27,414,222 atau 84.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,465,855 atau 65.7 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dos penggalak.
Data CovidNOW juga menunjukkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan yang mencatat peningkatan kes harian semalam melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Labuan.
Johor merekodkan 1,441 jangkitan baharu berbanding 1,286 pada Sabtu, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 362,373 dengan 340,071 pesakit telah sembuh, 4,336 kes kematian, dan 17,966 kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu seramai 17,070 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 78 ditempatkan di PKRC; 780 dimasukkan ke hospital; dan 38 dirawat di ICU dengan 27 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga Sabtu, seramai 3,063,623 atau 80.7 peratus populasi di Johor telah lengkap divaksinasi, 3,270,199 atau 86.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,042,213 atau 74.7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.
Pahang pula mencatat 1,100 kes baharu berbanding 1,009 pada Sabtu; Terengganu (547 kes baharu, 413 Sabtu); dan Labuan (87 kes baharu, 72 Sabtu).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 20 Mac 2022.