Jangkitan turun bawah 20,000 kes

March 28, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (27 Mac 2022), turun mendadak kepada 16,863 kes berbanding 20,923 yang direkodkan pada Sabtu.

Jumlah itu termasuk 16,625 kes positif disebabkan penularan tempatan dan 238 lagi kes import.

Sejak empat kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 25 Januari 2020 hingga semalam negara merekodkan 4,138,867 kumulatif kes positif, dengan 3,870,937 pesakit telah sembuh dan 34,751 kematian dilaporkan.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan sehingga kini terdapat 233,179 kes masih aktif, turun 9,345 kes daripada yang dicatat pada Sabtu sebanyak 223,834 kes.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan, seramai 226,656 pesakit menjalani kuarantin di rumah selepas dijangkiti Covid-19 pada tahap rendah atau tidak bergejala.

Selain itu, seramai 1,032 pesakit lagi ditempatkan di PKRC; 5,192 dimasukkan ke hospital; dan 299 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 187 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data juga menunjukkan hanya dua negeri yang mencatat peningkatan jangkitan harian, tetapi tidak melepasi 1,000 kes.

Kes baharu di Johor meningkat daripada 726 semalam, kepada 764 kes hari ini, manakala Terengganu pula mencatat 327 kes baharu berbanding 245 semalam.

Jangkitan di Selangor juga turun kepada 9,273 kes semalam kepada 10,790, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 1,161,141 kes, dengan 1,054,998 pesakit telah pulih, 95,651 kes aktif, dan 10,492 kes kematian.

Keseluruhannya hanya Selangor dan Kuala Lumpur mencatat kes harian melepasi 1,000 semalam.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
2 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok