
Data sehingga 17 Januari 2023.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 17 Januari 2023) meningkat semula setelah turun empat hari berturut-turut, dengan lima lagi pesakit meninggal dunia.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh semalam sebanyak 350 jangkitan direkodkan berbanding 227 kes pada Isnin
Empat daripada jangkitan baharu itu adalah kes import. Tetapi tiada maklumat kewarganegaraan individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 itu.
Data laman sesawang KKM yang dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 21 kanak-kanak, meningkat semula selepas mencatat 11 kes pada Isnin.
Ia membabitkan 11 kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan 10 kes yang berusia lima hingga 11 tahun, lapor KKM.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 234 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 71 (individu yang lengkap divaksinasi); empat kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 41 kes (individu tidak divaksinasi).
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,033,254 dengan 4,986,008 pesakit telah sembuh, termasuk 349 yang pulih semalam.
KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,327 kes masih aktif, turun berbanding 10,331 yang dilaporkan pada Isnin, manakala 9,901 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, naik semula berbanding 9,853 pada Isnin. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun, turun semula kepada 410 kes berbanding 457 pada Isnin.
Seramai 16 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, berbanding 21 pada Isnin, dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (sembilan pada Isnin).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 128 (1,547,198);
- Kuala Lumpur – 81 (467,422);
- Sabah – 8 (406,738)
- Johor – 20 (398,084);
- Sarawak – 18 (324,130);
- Kedah – 14 (318,420);
- Pulau Pinang – 7 (307,280);
- Kelantan – 5 (260,000);
- Perak – 19 (238,808);
- Negeri Sembilan – 8 (230,805);
- Pahang – 5 (182,557);
- Melaka – 19 (144,692);
- Terengganu – 10 (132,875);
- Putrajaya – 4 (32,314);
- Labuan – 2 (22,949); dan
- Perlis – 2 (18,982).
Sementara itu lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID)
Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Kuala Lumpur, termasuk satu kes BID, dan masing-masing satu di Negeri Sembilan; Selangor dan Johor (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah kepada 36,919 mangsa, termasuk 7,865 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).