Jangkitan naik tertinggi sejak 20 hari, lima kematian direkod semalam

June 16, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 15 Jun 2022) meningkat semula melebihi 2,000, tertinggi dalam tempoh 20 hari lalu apabila kali terakhir merekodkan 2,430 kes pada 25 Mei lalu.

Semalam sebanyak 2,320 jangkitan baharu positif dilaporkan, termasuk empat kes import, lebih tinggi berbanding 1,922 kes yang dicatat pada Selasa.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,683 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (452 kes); individu tidak divaksinasi (165 kes); dan penerima belum lengkap vaksinasi (20 kes).

Menurut laman sesawang CovidNOW Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah kes baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,532,632 kes, dengan 4,473,021 pesakit telah sembuh, termasuk 1,390 yang pulih semalam.

Sehingga semalam juga sebanyak 23,886 kes masih aktif, meningkat 925 kes berbanding 22,961 pada Selasa.

Daripada jumlah itu, 22,840 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; 990 dirawat di hospital; dan 38 dimasukkan ke unti rawatan rapi, dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah pecahan kes harian semalam serta kumulatif positif sejak 2020 mengikut negeri:

  • Selangor – 829 (1,377,693);
  • Johor – 56 (385,093);
  • Sabah – 98 (372,998);
  • Kuala Lumpur – 668 (362,576);
  • Sarawak – 62 (307,195);
  • Kedah – 64 (301,022);
  • Pulau Pinang – 145 (283,047);
  • Kelantan – 13 (248,081);
  • Negeri Sembilan – 105 (206,127);
  • Perak – 118 (205,224);
  • Pahang – 26 (171,973);
  • Terengganu – 10 (126,392);
  • Melaka – 64 (125,088);
  • Labuan – 3 (21,439);
  • Putrajaya – 50 (21,185); dan
  • Perlis – 9 (17,499).

Sementara itu, KKM turut memaklumkan lima lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, termasuk satu kes melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kematian semalam melibatkan empat kes di Selangor dan satu di Pahang, menurut KKM.

Jumlah itu menjadikan pesakit Covid-19 di Malaysia yang meninggal dunia sejak 2020 seramai 35,725 kes, termasuk 7,576 kes BID.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok