Jangkitan naik sedikit semalam, kumulatif positif lebih 4.18 juta

Jumlah kumulatif positif Covid-19 di seluruh negara sejak 25 Januari 2020 hingga semalam (30 Mac 2022), mencecah lebih 4.18 juta dengan 3.94 juta pesakit telah sembuh.

Angka itu dicapai setelah 15,941 jangkitan baharu dilaporkan semalam, meningkat 726 kes berbanding 15,215 pada Selasa, menjadikan keseluruhan kes terkumpul sebanyak 4,183,359 kes, dengan 3,941,829 pesakit sembuh dan 34,939 kematian.

Sebanyak 34,853 daripada kumulatif positif itu adalah kes import, menurut laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Sehingga semalam juga sebanyak 206,591 kes aktif dilaporkan, termasuk 200,962 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 690 ditempatkan di PKRC; 4,664 dimasukkan ke hospital; dan 275 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 168 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga Selasa lalu, hampir 68.8 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 25,801,561 atau 79.0 peratus telah lengkap divaksinasi; 27,494,218 atau 84.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos; dan 15,711,005 atau 66.8 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Data juga menunjukkan lapan negeri dan Wilayah Persekutuan – Selangor, Sarawak, Kedah, Perak, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Putrajaya – merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam.

Selangor mencatat 7,748 jangkitan baharu berbanding 6,985 pada Selasa, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 1,182,383 kes, dengan 1,077,234 pesakit telah sembuh, 10,519 kematian dan 94,630 kes aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 93,333 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 193 ditempatkan di PKRC; 1,057 dimasukkan ke hospital; dan 47 dirawat di ICU, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga Selasa lalu, seramai 4,809,628 atau 95.0 peratus populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, 5,131,217 atau 101.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 3,958,717 atau 92.9 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan kes harian semalam ialah:

Sarawak – 974 kes (828 pada Selasa);
Kedah – 827 kes (734);
Perak – 783 kes (701);
Johor – 778 kes (751);
Pulau Pinang – 684 kes (679);
Sabah – 313 kes (251); dan
Putrajaya – 66 kes (63 pada Selasa).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 30 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR