Jangkitan naik lagi, kes positif terkumpul hampir cecah tiga juta

February 11, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, melonjak melepasi 20,000, dengan kadar kebolehjangkitan di Wilayah Persekutuan Labuan juga naik kepada Rt 2.17.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 20,939 kes baharu direkodkan, berbanding 19,090 kes semalam.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sejak awal 2020 lalu hingga hari ini meningkat kepada 2,996,361 kes, mendekati tiga juta.

Sehingga semalam, 2,835,464 pesakit telah sembuh, 32,075 kes kematian dan 107,883 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96,655 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,751 ditempatkan di PKRC; 5,319 dimasukkan ke hospital; dan 158 dirawat di ICU, dengan 78 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 Februari 2022 untuk seluruh negara adalah pada nilai Rt 1.51.

Selain Labuan yang mencatat Rt 2.17, Sarawak juga mencatat Rt 1.90, diikuti Sabah (1.68); Perlis (1.55); Putrajaya (1.45); Terengganu (1.42); Kedah (1.41); Pulau Pinang (1.39); masing-masing 1.36 bagi Johor dan Kelantan; Pahang (1.30); Selangor (1.29); Negeri Sembilan (1.26); Perak (1.25); Melaka (1.24); dan Kuala Lumpur (1.23).

Nilai RT merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai RT berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
6 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
7 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
7 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok