Jangkitan naik, kes aktif melonjak

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara kembali melonjak apabila dalam tempoh 24 jam semalam (11 Mac 2022), sebanyak 32,800 kes baharu dilaporkan berbanding 30,787 kes pada Khamis.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,774,786 kes – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selapss Indonesia dan Filipina.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) setakat semalam seramai 3,418,443 pesakit telah sembuh, 33,643 meninggal dunia, dan 322,700 kes masih aktif, meningkat 8,280 kes berbanding 314,420 pada Khamis.

Daripada jumlah kes aktif itu pula seramai 310,351 pesakit menjalani kuarantin di rumah, meningkat lagi berbanding 302,242 pada Khamis, manakala 3,111 pesakit ditempatkan di PKRC (3,039 pada Khamis).

Seramai 8,858 pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital, meningkat berbanding 8,750 pada Khamis, dan 380 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), meningkat berbanding 339 pada Khamis, dengan 231 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (229 pada Khamis).

Data laman sesawang CovidNOW yang dikendalikan KKM dan dikemas kini tengah malam tadi juga menunjukkan, dalam tempoh 24 jam semalam, sembilan negeri merekodkan peningkatan jangkitan baharu berbanding pada Khamis.

Selangor kekal merekodkan jumlah jangkitan tertinggi sebanyak 9,120 kes berbanding 7,525 kes pada Khamis menjadikan kumulatif positif 1,033,813 kes, dengan 939,946 pesakit telah sembuh, 10,318 kes kematian dan 83,549 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 81,356 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 480 ditempatkan di PKRC; 1,664 dimasukkan ke hospital; dan 49 dirawat di ICU, dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang mencatat peningkatan kes semalam ialah:

Kuala Lumpur – 3,349 kes (2,919 Khamis);
Johor – 2,566 kes (2,220);
Pahang – 2,006 kes (1,601);
Perak – 1,494 kes (1,469);
Sabah – 1,176 kes (1,154);
Melaka – 838 kes (732);
Perlis – 251 kes (248); dan
Putrajaya – 231 kes (139).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 11 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR