
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 10 Mac 2022.
Sebanyak 30,787 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam (10 Mac 2022), meningkat 541 kes berbanding 30,246 pada Rabu.
Menurut statistik harian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikeluarkan hari ini, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak awal 2020 lalu meningkat kepada 3,741,986 kes.
Daripada jumlah itu seramai 3,393,999 pesakit telah sembuh, sementara 33,567 kes kematian turut dilaporkan.
Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini menunjukkan sembilan daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam.
Seperti biasa Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mencatat jumlah jangkitan harian iaitu sebanyak 7,525 kes berbanding 6,606 pada Rabu, menjadikan kumulatif positif 1,024,693 kes.
Daripada jumlah kes positif itu, seramai 933,358 pesakit di Selangor telah sembuh, dan 81,031 kes masih aktif. Selangor juga turut mencatat 11 lagi kematian semalam, menjadikan keseluruhannya 10,304 kes.
Sehingga semalam seramai 78,927 pesakit berkaitan Covid-19 di Selangor menjalani kuarantin di rumah; 386 ditempatkan di PKRC; 1,669 dimasukkan ke hospital; dan 49 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 25 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, 4,801,574 atau 94.9 peratus populasi di negeri itu telah lengkap divaksinasi, manakala 5,070,136 atau 100.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Seramai 3,837,363 atau 90.5 peratus individu dewasa di Selangor telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Sementara itu, negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam ialah:
- Kuala Lumpur – 2,919 kes (2,856 Rabu);
- Pulau Pinang – 2,773 kes (2,462 Rabu);
- Negeri Sembilan – 2,115 kes (1,798 Rabu);
- Sarawak – 1,963 kes (1,727 Rabu);
- Pahang – 1,601 kes (1,529 Rabu);
- Perak – 1,469 kes (1,442 Rabu);
- Melaka – 732 kes (725 Rabu); dan
- Perlis – 248 kes (224 Rabu).
Keseluruhannya sehingga semalam negara mencatat 314,420 kes aktif, meningkat berbanding 310,160 kes pada Rabu, dengan 302,242 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah (297,924 pada Rabu).
Seramai 3,039 pesakit lagi ditempatkan untuk rawatan di PKRC, turun berbanding 3,278 pada Rabu, manakala 8,750 pesakit dimasukkan ke hospital (8,570 pada Rabu).
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke ICU juga meningkat daripada 338 kes pada Rabu kepada 339 pesakit semalam, dengan 229 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga semalam, sebanyak 419 kluster Covid-19 daripada 6,869 kluster yang dikesan sejak awal 2020 lalu, masih aktif.