Jangkitan naik kepada 4,879 kes

November 30, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi naik 792 kes kepada 4,879 kes berbanding 4,087 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah baharu itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 2,632,782 kes, berbanding 2,532,036 kumulatif pesakit sembuh.

Jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat sepanjang November ini ialah pada 12 haribulan lalu iaitu sebanyak 6,517 kes, manakala terendah ialah semalam.

Semalam, walaupun jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara turun berbanding Ahad, separuh daripada negeri di Malaysia merekodkan peningkatan kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt bagi seluruh negara pada jangkaan mengikut kes seharian semalam adalah 0.95.

Berdasarkan perkongsian beliau menerusi laman Facebook, kadar kebolehjangkitan di Labuan kekal pada 1.12.

Manakala tujuh negeri lagi merekodkan Rt melebihi 1.00 membabitkan Perlis (1.03); dan masing-masing Rt 1.00 di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang serta Perak. Sarawak pula mencatat Rt terendah iaitu sebanyak 0.78.

Untuk rekod, nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti wabak berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kes aktif di seluruh negara turun 958 kes kepada 65,497 semalam, berbanding 66,455 kes pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 53,177 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,575 ditempatkan di PKRC; 5,238 dimasukkan ke hospital; dan 507 pesakit dirawat di ICU dengan 272 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok