Jangkitan meningkat lagi, 5 kematian

October 15, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 14 Oktober 2022) meningkat kepada 2,231 kes, termasuk enam kes import, berbanding 2,090 kes pada Khamis.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,863,457 kes, dengan 4,803,485 pesakit telah sembuh, termasuk 1,473 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,621 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 406 kes (penerima dua dos); 193 kes (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 23,557 kes masih aktif, melonjak berbanding 22,804 kes yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 22,547 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,855 pesakit pada Khamis); 976 dirawat di hospital (916 Khamis); dan 34 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (33 Khamis), dengan 21 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (16 Khamis).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 754 (1,484,544);
  • Kuala Lumpur – 515 (442,572);
  • Sabah – 165 (396,632);
  • Johor – 52 (394,451);
  • Sarawak – 63 (316,453);
  • Kedah – 44 (310,634);
  • Pulau Pinang – 96 (298,489);
  • Kelantan – 61 (254,306);
  • Perak – 205 (229,665);
  • Negeri Sembilan – 111 (223,209);
  • Pahang – 39 (177,946);
  • Melaka – 64 (136,069);
  • Terengganu – 16 (129,890);
  • Putrajaya – 39 (27,798);
  • Labuan – 3 (22,290); dan
  • Perlis – 4 (18,509).

Sementara itu, KKM juga melaporkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor, termasuk satu kes BID, dan masing-mastu kes di Perak dan Pulau Pinang.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,415 kes, termasuk 7,742 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
10 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
15 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
24 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok