Jangkitan meningkat, 3 kematian

October 14, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 13 Oktober 2022) meningkat semula setelah 12 hari merekodkan angka di bawah 2,000 kes.

Dalam tempoh itu sebanyak 2,090 jangkitan baharu, termasuk empat kes import, dilaporkan berbanding 1,628 kes yang dicatat pada Rabu.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,861,226 kes, dengan 4,802,012 pesakit telah sembuh, termasuk 1,428 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,535 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 360 kes (penerima dua dos); 189 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 22,804 kes masih aktif, melonjak berbanding 21,145 kes yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 21,855 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,199 pesakit pada Rabu); 916 dirawat di hospital (905 Rabu); dan 33 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (41 Rabu), dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (20 Rabu).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 638 (1,483,790);
  • Kuala Lumpur – 582 (442,057);
  • Sabah – 124 (396,467);
  • Johor – 54 (394,399);
  • Sarawak – 67 (316,390);
  • Kedah – 79 (310,590);
  • Pulau Pinang – 105 (298,393);
  • Kelantan – 45 (254,245);
  • Perak – 162 (229,460);
  • Negeri Sembilan – 58 (223,098);
  • Pahang – 40 (177,947);
  • Melaka – 68 (136,005);
  • Terengganu – 25 (129,874);
  • Putrajaya – 35 (27,759);
  • Labuan – 2 (22,287); dan
  • Perlis – 6 (18,505).

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.

Dua kes kematian itu dilaporkan di Johor, manakala satu di Kedah. Sehingga kini, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,410 kes, termasuk 7,741 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok