Jangkitan melonjak melepasi 4,000 kes semalam, sifar kematian

November 4, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 3 November 2022) melonjak melepasi 4,000 kes, setelah kali terakhir merekodkan 4,831 kes pada 11 Ogos lalu.

Dalam tempoh semalam, virus Covid-19 menjangkiti 4,711 individu berbanding 3,969 kes yang dicatat pada Rabu.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 4,704 kes melibatkan jangkitan tempatan dan tujuh kes import.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,914,557 kes, dengan 4,843,468 pesakit telah sembuh, termasuk 3,120 yang pulih semalam.

Selangor dan Kuala Lumpur terus mencatat kes tertinggi dengan masing-masing merekodkan 1,609 kes dan 1,168 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,505 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 891 kes (penerima dua dos); 300 kes (individu tidak divaksinasi); dan 15 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 34,609 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 33,018 kes yang dilaporkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 32,956 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (31,458 pesakit pada Rabu); dan 1,586 dirawat di hospital, naik lagi berbanding 1,497 pada Rabu.

Seramai 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (63 pada Rabu), dengan 47 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,609 (1,503,104)
  • Kuala Lumpur – 1,168 (454,821)
  • Sabah – 215 (399,489)
  • Johor – 60 (395,495)
  • Sarawak – 75 (317,661)
  • Kedah – 135 (312,072)
  • Pulau Pinang – 232 (300,755)
  • Kelantan – 128 (255,536)
  • Perak – 391 (233,406)
  • Negeri Sembilan – 299 (225,859)
  • Pahang – 79 (178,857)
  • Melaka – 149 (137,438)
  • Terengganu – 41 (130,423)
  • Putrajaya – 111 (28,664)
  • Labuan – 14 (22,360)
  • Perlis – 5 (18,617)

Sementara itu, jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam kekal kepada 36,480 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,763 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
47 minit lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok