Jangkitan melonjak lagi, kes positif terkumpul melepasi 3 juta

February 12, 2022 · Isu semasa

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia sejak wabak itu mula melanda awal 2020 lalu, kini mencecah lebih tiga juta, ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia dan Filipina.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi sebanyak 22,802 kes baharu dilaporkan di seluruh negara, meningkat berbanding 20,939 kes semalam.

Jangkitan baharu hari ini merupakan kenaikan sembilan hari berturut-turut, tatkala kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam melonjak melepasi 20 kes, dengan jumlah kes aktif meningkat kepada 122,991.

Beliau berkata jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,019,163 kes, dengan sehingga semalam, seramai 2,841,271 pesakit telah sembuh, dan 32,099 kes kematian dilaporkan.

Menurutnya daripada jumlah kes hari ini, 104 kes atau 0.46 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 22,698 kes (99.54 peratus) kategori 1 dan 2. Berikut adalah pecahan kategori kes hari ini:

  • Kategori 1 : 5,029 kes (22.05%);
  • Kategori 2 : 17,669 kes (77.49%);
  • Kategori 3 : 82 kes (0.36%);
  • Kategori 4 : 14 kes (0.06%); dan
  • Kategori 5 : 8 kes (0.04%).

Sehingga semalam, 111,323 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 6,001 ditempatkan di PKRC; 5,512 dimasukkan ke hospital; dan 155 pesakit dirawat di ICU, dengan 80 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara kekal pada 1.51.

Semua negeri bagaimanapun, mencatat nilai Rt melebihi 1.00 di mana menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila melepasi 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Nilai Rt tertinggi dicatatkan Labuan iaitu 2.31, diikuti Sarawak (1.82); Sabah (1.65); Perlis (1.51); Pulau Pinang (1.45); Putrajaya (1.43); Kelantan (1.41); Terengganu (1.39); Johor (1.38); masing-masing 1.37 bagi Negeri Sembilan dan Kedah; Pahang (1.34); Melaka (1.30); Selangor (1.29); Perak (1.26); dan Kuala Lumpur (1.24).

Kes Covid-19 di negara-negara ASEAN.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok