Jangkitan HFMD semakin ketara

May 14, 2022 · Isu semasa

Terdapat peningkatan ketara kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara dengan 28,957 kes dilaporkan bagi tempoh Januari hingga semalam, berbanding hanya 4,239 kes bagi keseluruhan tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan peningkatan itu berikutan pembukaan semula semua sektor ekonomi termasuk pengoperasian kembali sektor pendidikan secara bersemuka selain taska dan tadika, lapor Bernama.

“Ia satu peningkatan mendadak tetapi memang dijangkakan sebab tahun lepas kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak boleh keluar, sekarang dah boleh keluar dengan sektor pendidikan dibuka, maka HFMD akan meningkat, kita dah kembali kepada normal, memang ini akan berlaku.

“Ia juga sebagai peringatan kepada orang ramai supaya jaga kebersihan kendiri kerana selama dua tahun kita tak pernah fikir penyakit lain selain Covid-19.

“Kita jangan lupa Covid-19 dapat diurus dengan baik tetapi kita masih berdepan penyakit berjangkit lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Rembau, hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta ibu bapa untuk memanfaatkan aplikasi MySejahtera yang mempunyai ciri-ciri mengetahui kes penyakit berjangkit di kawasan berhampiran sekali gus mengelakkan penyakit berkenaan untuk dijangkiti serta sentiasa menyemak dengan pihak sekolah sekiranya ada kes dilaporkan.

“MySejahtera bukan untuk kesan tapi pelaporan… kes yang disahkan oleh pejabat kesihatan daerah akan dilapor di situ, jadi pengguna dapat semak berapa banyak kes dalam komuniti.

“Kita kawal melalui hebahan supaya tahu titik panas, dalam MySejahtera boleh tengok titik panas kes HFMD,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat keperluan untuk menutup sekolah setakat ini, Khairy berkata ia perlu dilihat dengan keadaan semasa dan protokol yang dikeluarkan pejabat kesihatan masing-masing selain ibu bapa perlu sentiasa berwaspada dengan penularan kes itu.

Sementara itu beliau berkata kes Covid-19 mengalami sedikit peningkatan setelah hampir dua minggu memasuki Syawal, dan beliau turut menggalakkan orang ramai untuk terus memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sesak bagi mengurangkan kesan jangkitan COVID-19.

Khairy turut mengajak orang ramai terutama warga emas berusia 60 tahun ke atas serta mempunyai penyakit kronik yang sudah melepasi enam bulan selepas dos penggalak untuk menerima satu lagi suntikan Covid-19 secara sukarela bagi meningkatkan imuniti diri.

Berita berkaitan
Zahid alu-alukan bekas ahli UMNO ke PAU yang turut dihadiri PMX dan DAP
20 jam lalu· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu· Isu semasa
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023· Politik
KJ bakal putuskan segera tawaran Muhyiddin
May 25, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok