
Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 19 Mac 2022.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 19 Mac 2022) turut lagi buat hari ketiga berturut-turut, dengan hanya dua sahaja negeri merekodkan peningkatan kes berbanding Jumaat.
Dalam tempoh itu sebanyak 22,341 jangkitan baharu dilaporkan, turun 1,900 kes berbanding 24,241 pada Jumaat, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Statistik laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sejak awal 2020 hingga semalam negara mencatat kumulatif positif sebanyak 3,974,019 kes, dengan 3,656,415 pesakit telah sembuh, 34,329 kematian, dan 283,275 kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 273,974 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 1,737 ditempatkan di PKRC; 7,164 dimasukkan ke hospital; dan 391 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 219 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah jumlah kes mengikut kumpulan umur pada minggu ini bagi seluruh negara:
46,247 kes (18 – 29 tahun);
42,181 kes (30 – 39 tahun);
24,594 kes (40 – 49 tahun);
16,644 kes (50 – 59 tahun);
11,159 kes (60 – 69 tahun);
10,697 kes (0 – 4 tahun);
10,612 kes (5 – 11 tahun);
6,499 kes (12 – 17 tahun);
5,215 kes (70 – 79 tahun); dan
2,182 kes (80 tahun dan ke atas).
Data menunjukkan dalam tempoh 24 jam semalam Kuala Lumpur merekodkan peningkatan jangkitan harian daripada 2,757 kes pada Jumaat kepada 3,078 kes pada Sabtu.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 di Kuala Lumpur mencecah 306,575 kes dengan 272,682 pesakit telah sembuh, 2,762 kes kematian dan 31,131 kes aktif.
Daripada jumlah kes aktif itu, 30,419 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 120 ditempatkan PKRC; 572 dimasukan ke hospital; dan 20 dirawat di ICU dengan 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga 18 Mac, seramai 3,037,615 atau 94.9 peratus daripada populasi di Kuala Lumpur telah lengkap divaksinasi, 3,211,782 atau 100.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,690,373 atau 91.6 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.
Sementara itu, Pahang mencatat 1,009 jangkitan baharu semalam berbanding 1,000 pada Jumaat, menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 157,886, dengan 143,016 pesakit telah pulih, 915 kematian dan 13,955 kes aktif.