Jangkitan harian semalam melonjak lebih 5,000 kes, 10 kematian

August 4, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara semalam (Rabu, 3 Ogos 2022) melonjak kepada 5,330 kes, berbanding 4,204 kes pada Selasa, tertinggi dalam tempoh 13 hari.

Kali terakhir negara mencatat kes tertinggi adalah pada 20 Julai lalu iaitu sebanyak 5,685 kes.

Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,692,800 kes, dengan 4,610,282 pesakit telah sembuh, termasuk 3,075 yang pulih semalam.

Data laman sesawang GitHUB KKM menunjukkan daripada jumlah kes baharu berkenaan, 3,881 kes melibatkan individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 995 kes (penerima dos kedua); 418 kes (individu tidak divaksinasi); dan 36 kes (individu belum lengkap vaksinasi).

Menurut KKM, kes aktif Covid-19 sehingga kini meningkat kepada 46,523 kes berbanding 44,278 kes yang direkodkan pada Selasa, termasuk 44,885 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (42,661 sehingga Selasa), dan 29 lagi ditempatkan di PKRC (24 pada Selasa).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula meningkat kepada 1,560, berbanding 1,537 pesakit pada Selasa, manakala 49 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 56 yang direkodkan pada Selasa, dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (36 pada Selasa).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam serta kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu mengikut negeri:

  • Selangor – 2,054 (1,432,671);
  • Kuala Lumpur – 1,449 (407,034);
  • Johor – 113 (389,055);
  • Sabah – 277 (382,336);
  • Sarawak – 92 (309,953);
  • Kedah – 137 (304,889);
  • Pulau Pinang – 195 (291,291);
  • Kelantan – 72 (249,828);
  • Perak – 316 (215,843);
  • Negeri Sembilan – 227 (214,139);
  • Pahang – 66 (174,207);
  • Melaka – 169 (129,661);
  • Terengganu – 47 (127,485);
  • Putrajaya – 81 (24,565);
  • Labuan – 11 (21,911); dan
  • Perlis – 24 (17,932).

Pada masa sama, KKM memaklumkan 10 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Tiga daripada kes kematian itu masing-masing direkodkan di Perak dan Selangor, manakala masing-masing satu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, serta Pahang.

Jumlah itu menjadikan seramai 35,995 pesakit meninggal dunia sejak Mac 2020 hingga semalam, dengan 7,647 daripadanya adalah kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
India sahkan kematian pertama jangkitan cacar monyet
August 2, 2022· Dunia
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
August 8, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
42 minit lalu · Isu semasa
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
2 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
3 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok