Jangkitan harian kembali melonjak, Greater Lembah Klang ‘panas’ semula

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (8 Mac 2022) melonjak semula melepasi 30,000 kes, dengan Lembah Klang kembali menjadi penyumbang utama kes baharu.

Statistik laman sesawang CovidNOW kendalian Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi tadi, menunjukkan sebanyak 31,490 kes baharu direkodkan, berbanding 26,856 kes pada Isnin, meningkat 4,634 kes.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sebanyak 3,680,953 kes sejak awal 2020, dengan 3,340,889 pesakit telah sembuh dan 33,384 kes kematian dilaporkan.

Sehingga semalam juga sebanyak 306,680 kes masih aktif, meningkat daripada 304,304 pada Isnin, dengan seramai 294,242 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah (291,827 pada Isnin).

Statistik itu juga menunjukkan 3,397 pesakit ditempatkan di PKRC (3,373 Isnin); 8,668 dimasukkan ke hospital (8,736 Isnin); dan 373 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (1CU) (368 Isnin), termasuk 223 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (223 Isnin).

Pada masa sama, jumlah jangkitan harian baharu itu disumbangkan peningkatan kes di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan merekodkan 12,823 kes.

Selangor sahaja mencatat 8,095 kes baharu berbanding 6,757 kes pada Isnin, menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,010,562 kes, dengan 919,935 pesakit telah pulih, 10,271 kes kematian dan 80,356 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 78,419 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 371 ditempatkan di PKRC; 1,516 dimasukkan ke hospital; dan 50 dirawat di ICU, dengan 28 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 10 lagi negeri dan Wilayah Persekutuan turut merekodkan peningkatan jangkitan harian dengan Kuala Lumpur mencatat 4,527 kes berbanding 2,181 pada Isnin, diikuti Kedah (3,015 kes baharu, 2,884 Isnin).

Pulau Pinang pula merekodkan 2,425 kes baharu berbanding 1,836 pada Isnin; Sarawak (1,903 kes baharu, 857 Isnin); Negeri Sembilan (1,883 kes baharu, 1,575 Isnin); dan Perak (1,279 kes baharu, 1,142 Isnin).

Terengganu pula mencatat 1,277 kes baharu berbanding 1,270 pada Isnin; diikuti Putrajaya (201 kes baharu, 182 Isnin); Perlis (190 kes baharu, 126 Isnin); dan Labuan (148 kes baharu, 135 Isnin).

Sehingga 7 Mac, seramai 25,761,043 atau 78.9 peratus populasi di Malaysia termasuk rakyat asing telah lengkap menerima vaksin Covid-19, manakala 27,180,031 atau 83.2 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 15,064,528 atau 64.0 peratus lagi populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 8 Mac 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR