Jangkitan harian di 13 negeri melonjak, Selangor catat 4,291 kes

February 11, 2022 · Isu semasa

Semua negeri, kecuali Sarawak, Kedah dan Terengganu, merekodkan peningkatan jangkitan harian, ketika kes di seluruh negara melonjak daripada 19,090 kes semalam kepada 20,939 kes hari ini.

Sarawak hari ini mencatat 214 kes berbanding 226 semalam, manakala Kedah merekodkan 1,623 kes hari ini (1,956 semalam), dan Terengganu (293 kes baharu, 324 semalam).

Lapan daripada 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang merekodkan peningkatan jangkitan mencatat kes empat, dengan Selangor melonjak daripada 3,779 semalam kepada 4,291 kes hari ini.

Sabah pula merekodkan 3,361 kes hari ini berbanding 2,969 semalam, diikuti Johor (2,860 kes baharu, 2,837 semalam); Kelantan (1,589 kes baharu, 1,439 semalam); Pulau Pinang (1,490 kes baharu, 1,267 semalam); Negeri Sembilan (1,235 kes baharu, 997 semalam); Kuala Lumpur (1,095 kes baharu, 1,005 semalam); dan Pahang (1,008 kes baharu, 795 semalam).

Melaka pula merekodkan 988 kes baharu berbanding 728 semalam; Perak (443 kes baharu, 373 semalam); Putrajaya (190 kes baharu, 183 semalam); Labuan (132 kes baharu, 106 semalam); dan Perlis (127 kes baharu, 106 semalam).

Sejak awal 2020 hingga hari ini, Selangor mencatat 844,080 kumulatif kes positif, dengan sehingga semalam seramai 804,113 pesakit telah sembuh, 10,072 kematian dan 25,604 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 24,218 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 402 ditempatkan di PKRC; 968 dimasukkan ke hospital; dan 16 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 4,791,808 atau 94.7 peratus daripada populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, manakala 4,885,293 atau 96.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,284,458 individu lagi menerima dos penggalak.

Sehingga kini, negara merekodkan 2,996,361 kumulatif kes positif dengan 2,841,271 pesakit telah sembuh, 32,075 kematian, dan 107,883 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96,655 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,751 ditempatkan di PKRC; 5,319 dimasukkan ke hospital; dan 158 dirawat di ICU, dengan 78 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
3 jam lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
7 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
9 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
9 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok