Jangkitan harian di 12 negeri naik, Selangor hampir cecah 2,000 kes

Dua belas negeri dan Wilayah Persekutuan hari ini merekodkan lonjakan tinggi jangkitan harian, dengan Selangor, Sabah, Kedah dan Kuala Lumpur mencatat lebih daripada 700 kes baharu Covid-19.

Berdasarkan data dan statistik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini, jangkitan baharu yang dikesan di Selangor hampir mencecah 2,000 kes – tertinggi sejak September 2021.

Dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi sebanyak 1,987 jangkitan baharu dilaporkan di negeri itu berbanding 1,563 kes semalam, dengan daerah Petaling mencatat 650 kes.

Ini diikuti daerah Hulu Langat yang merekodkan 464 kes; Gombak (240); Klang (233); Kuala Selangor (161); Sepang (102); Hulu Selangor (62); Kuala Langat (57); dan Sabak Bernam (18 kes).

Sejak awal 2020 lalu hingga hari ini, Selangor mencatat 821,947 kumulatif kes positif, dengan sehingga semalam seramai 793,482 pesakit telah sembuh, 10,059 kes kematian, dan 16,419 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 15,331 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 364 ditempatkan di PKRC; 702 dimasukkan ke hospital; dan 22 dirawat di unit rawatan rapi dengan 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 4,789,131 atau 94.6 peratus daripada keseluruhan populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, manakala 4,854,061 atau 95.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 3,092,673 atau 75.2 peratus daripada individu dewasa pula telah menerima suntikan dos penggalak.

Sementara itu, Sabah mencatat 909 kes baharu berbanding 476 semalam, diikuti Kedah (751 kes baharu, 486 semalam); Kuala Lumpur (709 kes baharu, 258 semalam); Kelantan (355 kes baharu, 258 semalam); dan Negeri Sembilan (337 kes baharu, 210 semalam).

Pahang pula mencatat 331 kes baharu berbanding 330 semalam; Terengganu (116 kes baharu, 100 semalam); Putrajaya (76 kes baharu, 44 semalam); Perlis (52 kes baharu, 32 semalam); Sarawak (22 kes baharu, 20 semalam); dan Labuan (12 kes baharu, lima semalam).

BERITA BERKAIT
POPULAR