Jangkitan harian catat rekod baharu

March 4, 2022 · Isu semasa

Malaysia pada Khamis, sekali lagi memecah rekod jangkitan harian tertinggi sejak Covid-19 melanda negara ini pada awal 2020 lalu, yang dikatakan disebabkan penularan pantas varian Omicron, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Laman sesawang CovidNOW kendalian KKM yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan dalam tempoh 24 jam semalam (3 Mac 2022) sebanyak 32,467 kes baharu dilaporkan, termasuk 413 kes import, berbanding 27,500 kes pada Rabu.

Jangkitan harian Covid-19 tertinggi sebelum ini direkodkan pada 24 Februari lalu iaitu sebanyak 32,070 kes.

Walaupun ketika ini kes melonjak tinggi, KKM masih menganggap keadaan tidak seteruk ketika kemuncak penularan varian Delta sebelum ini dengan membandingkannya dari segi kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian.

Angka harian semalam menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,528,557, kekal di tangga keempat tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Statistik CovidNOW juga menunjukkan sejak awal 2020 lalu hingga semalam seramai 3,197,298 pesakit daripada kumulatif positif itu telah sembuh. Dalam tempoh itu juga sebanyak 33,028 pesakit meninggal dunia.

Sehingga semalam juga negara merekodkan 298,231 kes aktif, turun berbanding 321,036 kes pada Rabu, dengan 286,097 pesakit diperintah menjalani kuarantin di rumah, manakala 3,456 lagi pesakit diberi rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC), naik sedikit berbanding 3,425 pesakit pada Rabu.

Sementara itu, seramai 8,322 pesakit lagi dimasukkan untuk rawatan lanjut di hospital, meningkat lagi berbanding 8,182 pesakit pada Rabu dan 7,542 pada Selasa.

Manakala 355 pesakit yang berdepan jangkitan kritikal dimasukkan ke ICU semalam, turun berbanding 360 kes pada Rabu. Seramai 208 pesakit di ICU itu memerlukan alat bantuan pernafasan, meningkat berbanding 194 pesakit pada Rabu.

Sarawak, Kelantan dan Putrajaya mencatat penurunan jangkitan harian semalam, manakala kes di 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang lain merekodkan peningkatan.

Selangor kekal menjadi negeri ‘panas’ Covid-19 apabila merekodkan 8,053 kes baharu berbanding 6,494 pada Rabu, menjadikan kumulatif positif sebanyak 970,150 – semakin menghampiri angka sejuta kes.

Daripada jumlah kumulatif positif itu seramai 880,749 pesakit Covid-19 telah sembuh, 10,220 kes kematian dan 79,181 kes masih aktif, dengan 77,236 daripadanya menjalani kuarantin dirumah.

Sehingga semalam juga seramai 437 pesakit Covid-19 di Selangor ditempatkan di PKRC; 1,461 dimasukkan ke hospital; dan 47 dirawat di ICU, dengan 30 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari 2021 hingga semalam, seramai 4,798,118 atau 94.8 peratus populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, 5,035,368 atau 99.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 3,747,213 atau 88.7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu negeri lain yang merekodkan peningkatan kes semalam ialah:

Kedah – 3,242 kes (2,752 Rabu);
Kuala Lumpur – 2,881 kes (2,092 Rabu);
Sabah – 2,717 kes (2,236 Rabu);
Pulau Pinang – 2,488 kes (2,422 Rabu);
Negeri Sembilan – 2,045 kes (1,373 Rabu);
Johor – 1,979 kes (1,949 Rabu);
Pahang – 1,912 kes (1,331 Rabu);
Perak – 1,713 kes (1,430 Rabu);
Terengganu – 993 kes (896 Rabu);
Melaka – 821 kes (664 Rabu);
Perlis – 273 kes (211 Rabu); dan
Labuan – 270 kes (264 Rabu).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 3 Mac 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok