Jangkitan harian 10 negeri naik, Kedah catat lonjakan cecah 1,448 kes

Hanya 10 sahaja negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, turun berbanding 12 negeri semalam.

Bagaimanapun, ketika jangkitan harian di Selangor turun sedikit, Kedah pula mencatat lonjakan sebanyak 544 kes apabila merekodkan 1,448 jangkitan baharu berbanding 904 kes semalam.

Catatan baharu itu menjadikan kumulatif kes positif di Kedah mencecah 183,051 kes, keenam tertinggi dari segi jumlah kes terkumpul sejak awal 2020 hingga hari ini.

Sehingga semalam, seramai 174,551 pesakit Covid-19 di Kedah telah sembuh, 2,189 kes kematian dan 4,863 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 4,253 pesakit menjalani kuarantin di rumah, PKRC (445); Hospital (156); dan sembilan pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan dua daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga seramai 1,374,394 atau 89.2 peratus individu dewasa di negeri itu telah lengkap divaksinasi dan 1,387,795 atau 90.1 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 596,679 atau 38.7 peratus individu dewasa diberi suntikan dos penggalak.

Sementara itu, Sabah pula merekodkan jangkitan baharu sebanyak 1,600 kes berbanding 1,285 kes semalam, diikuti Pulau Pinang (693 kes baharu, 542 semalam); dan Kelantan (666 kes baharu, 471 semalam).

Melaka (496 kes baharu 457 semalam); Perak (412 kes baharu, 321 semalam); Terengganu (312 kes baharu, 213 semalam); Putrajaya (105 kes baharu, 61 semalam); Perlis (98 kes baharu, 44 semalam); dan Sarawak (84 kes baharu, 58 semalam).

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 10 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhannya 6,509 kluster dengan 6,143 telah ditamatkan dan 366 lagi masih aktif.

Maklumat lanjut berkaitan kluster itu akan dikemas kini dalam laman sesawang Covidnow selepas tengah malam ini.

Menurutnya dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi juga seramai 6,036 pesakit telah sembuh menjadikan kumulatif kes pulih sebanyak 2,818,650 kes atau 96.4 peratus daripada 2,925,254 kumulatif kes positif.

Katanya sebanyak 77 kes import turut dikesan dalam tempoh itu membabitkan 43 warganegara dan 34 rakyat asing, manakala 10,957 kes lagi adalah penularan tempatan yang turut melibatkan 183 bukan warganegara.

“Sehingga kini seramai 135 pesakit masih dirawat di ICU dengan 81 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daripada 11,034 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes atau 0.5 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 10,976 kes (99.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR