Jangkitan di Selangor tertinggi, kumulatif hampiri 800,000 kes

Tiga negeri dan wilayah di Lembah Klang – Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya – terus menjadi penyumbang tertinggi kepada kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhannya sebanyak 7,097 kes baharu direkodkan dalam tempoh itu menjadikan kumulatif kepada 799,790 kes.

Beliau berkata Selangor kekal mencatat kes tertinggi dengan 3,119 jangkitan baharu, diikuti Kuala Lumpur (1,005), sementara Negeri Sembilan juga mencatatkan peningkatan daripada 698 kes semalam kepada 788 kes.

Semalam, sebanyak 7,654 kes baharu dilaporkan di seluruh negara dengan Selangor sahaja mencatatkan 3,260 kes, dan Kuala Lumpur (1,550 kes).

BERITA BERKAIT
POPULAR