Jangkitan di Sarawak makin parah, kes melonjak 5,291

September 12, 2021 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di Sarawak semakin membimbangkan apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi merekodkan lonjakan tertinggi, sekali gus menyaksikan negeri itu menjadi penyumbang kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini.

Berdasarkan data terbaharu dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, dalam tempoh 24 jam itu Sarawak merekodkan 5,291 jangkitan positif Covid-19, berbanding 3,743 kes semalam – meningkat empat hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 19,198 jangkitan baharu direkodkan, menjadikan keseluruhan kes sejak awal tahun lalu kepada 1,979,698 kes.

Mengikut data itu, lima negeri termasuk Sarawak merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini.

Kelantan mencatatkan peningkatan kes daripada 1,320 jangkitan semalam kepada 1,435 hari ini; diikuti Negeri Sembilan (283 hari ini, 198 semalam); Putrajaya (32 kes hari ini, 24 semalam); dan Labuan (tiga kes hari ini, dua kes semalam).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Muhyiddin nasihat hati-hati pulang sempena cuti Krismas
December 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok