Jangkitan di lima negeri naik, Johor catat 419 kes baharu

January 15, 2022 · Isu semasa

Lima negeri hari ini merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, menurut statistik yang dikumpul daripada laporan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.

Johor menjadi negeri tertinggi mencatat peningkatan apabila merekodkan 419 kes baharu berbanding 380 semalam, menjadikan kumulatif positif terkumpul di negeri itu sebanyak 250,409 kes.

Sehingga semalam, negeri itu turut mencatat 239,162 kes sembuh, 3,890 pesakit meninggal dunia, dan 6,938 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 5,975 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; manakala 418 ditempatkan di PKRC; 525 dimasukkan ke hospital; dan 20 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari 2021 lalu, seramai 3,047,648 atau 80.6 peratus populasi di negeri itu telah lengkap divaksin, 3,080,678 atau 81.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 926,283 atau 24.5 peratus lagi individu menerima dos penggalak.

Sementara itu, Sabah turut merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini apabila merekodkan 265 kes, berbanding 244 semalam, menjadikan kumulatif positif sebanyak 244,004 kes.

Kedar turut mencatat peningkatan apabila 209 kes baharu dikesan berbanding 178 semalam, diikuti Pulau Pinang (200 kes baharu, 198 semalam); dan Labuan (15 kes baharu, lapan semalam).

Sehingga kini, negara mencatat 2,805,337 kumulatif kes positif, dengan 97.4 peratus atau 2,732,771 pesakit telah sembuh, 31,762 meninggal dunia dan sehingga semalam 40,558 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 33,075 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,984 ditempatkan di PKRC; 3,295 dimasukkan ke hospital; dan 204 pesakit dirawat di ICU dengan 95 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok