Jangkitan di enam negeri turun, Selangor melonjak kepada 3,779 kes

February 10, 2022 · Isu semasa

Sepuluh negeri merekodkan peningkatan kes harian hari ini, menurut statistik Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri yang mengumpul data berkaitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Manakala, enam negeri dan Wilayah Persekutuan – Sabah, Perlis, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya – mencatat penurunan kes harian berbanding semalam.

Mengikut statistik yang dikeluarkan malam ini, kes di Selangor terus melonjak daripada 3,582 semalam kepada 3,779 hari ini, menjadikan kumulatif kes positif di negeri itu kini mencecah 839,789 kes.

Sehingga semalam, seramai 802,720 pesakit Covid-19 di Selangor telah sembuh, dan 23,220 kes masih aktif. Negeri itu turut merekodkan 10,070 kumulatif kes kematian sejak awal 2020 hingga semalam.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 21,822 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 419 ditempatkan di PKRC; 958 dimasukkan ke hospital; dan 21 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 16 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini, seramai 4,791,364 atau 94.7 peratus populasi di Selangor telah lengkap divaksinasi, manakala 4,883,609 atau 96.4 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Seramai 3,245,766 atau 78.4 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak.

Sementara itu, Johor yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Mac depan, turut mencatat peningkatan kes daripada 2,321 semalam, kepada 2,837 kes hari ini, menjadikan kumulatif positif di negeri itu sebanyak 273,910 kes, termasuk 13,668 kes masih aktif.

Kedah turut mencatat peningkatan kes harian sebanyak 1,956 hari ini berbanding 1,569 semalam, diikuti Kelantan (1,439 kes baharu, 1,222 semalam); dan Pulau Pinang (1,267 kes baharu, 1,010 semalam).

Negeri Sembilan merekodkan 997 kes baharu berbanding 618 semalam; Pahang (795 kes baharu, 739 semalam); Melaka (728 kes baharu, 347 semalam); Sarawak (226 kes baharu, 184 semalam); dan Labuan (106 kes baharu, 63 semalam).

Sejak awal 2020 lalu hingga hari ini negara merekodkan 2,975,422 kumulatif kes positif, dengan 95.3 peratus daripada jumlah itu atau 2,835,464 pesakit telah sembuh.

Sehingga semalam negara turut melaporkan 32,065 kes kematian akibat Covid-19, manakala 94,515 kes lagi masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 83,906 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 5,405 ditempatkan di PKRC; 5,057 dimasukkan ke hospital; dan 147 pesakit dirawat di ICU, dengan 79 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berdasarkan statistik laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM), Covidnow, dalam tempoh minggu ini, 28.4 peratus jangkitan melibatkan individu berusia 18 hingga 29 tahun, diikuti 21.7 peratus (30-39 tahun); 11.9 peratus (40-49 tahun); dan 9.4 peratus (5-11 tahun).

Sebanyak 8.6 peratus lagi membabitkan usia 12 hingga 17 tahun; 7.5 peratus (50-59 tahun); 4.9 peratus masing-masing berusia 0 hingga 4 tahun dan 60 hingga 69 tahun; 2.0 peratus (70-79 tahun); dan 0.7 peratus (80 tahun ke atas).

Sejak seminggu lalu, 27.7 peratus kes kematian melibatkan pesakit berusia 80 tahun dan ke atas, diikuti 21.5 peratus (60-69 tahun); 16.9 peratus (40-49 tahun); 15.4 peratus (50-59 tahun); 13.9 peratus (70-79 tahun); dan 4.6 peratus (30-39 tahun).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok