Jangkitan Covid-19 terus naik lepasi 3,000 kes, lapan kematian semalam

May 12, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 11 Mei 2022) meneruskan momentum peningkatan selepas perayaan besar-besaran Aidilfitri lalu yang disambut pada 2 Mei.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 3,321 jangkitan baharu Covid-19 dikesan semalam, meningkat 716 kes berbanding 2,605 yang dicatat pada Selasa.

Individu yang menerima dos penggalak vaksin Covid-19 kekal menjadi penyumbang utama kes harian semalam apabila merekodkan 2,195 kes diikuti 723 (individu lengkap dua dos); 308 (tidak divaksinasi); dan 95 lagi mereka yang belum lengkap divaksinasi.

Angka terbaharu jangkitan itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 4,467,061 kes, dengan 4,406,613 pesakit telah pulih, dan 24,850 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 23,385 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 33 ditempatkan di PKRC; 1,373 dimasukkan ke hospital; dan 59 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 11 daripada 16 negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan jangkitan harian semalam, berbanding pada Selasa.

Sementara itu, lapan lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk tiga daripadanya adalah kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sebanyak 35,598 kes, termasuk 7,539 kes BID.

Tiga negeri iaitu Johor, Kedah dan Pahang masing-masing mencatat dua kes kematian, dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan serta Perak.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 11 Mei 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok