Jangkitan Covid-19 melonjak semula melepasi 22,000, Selangor tertinggi

August 25, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat semula dengan kes di lapan negeri yang berada di dalam Fasa Satu, Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mencatatkan lonjakan tinggi.

Peningkatan ini adalah buat hari kedua berturut-turut setelah mencatatkan 17,672 kes positif pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 22,642 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 20,837 kes semalam, menjadikan kumulatif sejak Mac tahun lalu kepada 1,616,244 kes.

Berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM), lapan negeri merekodkan peningkatan, dengan lonjakan tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 6,325 kes berbanding 4,645 kes semalam.

Negeri lain yang mencatat peningkatan kes Covid-19 ialag Sarawak daripada 1,543 kes semalam kepada 1,667 hari ini; Perak (1,390 kes baharu, 1,242 semalam); Pahang (552 kes baharu, 521 semalam); Kelantan (1,424 kes baharu, 1,422 semalam); Kedah (2,279 kes baharu, 1,772 semalam); Johor (1,832 kes baharu, 1,743 semalam); dan Terengganu (744 kes baharu, 383 semalam).

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Skandal LCS: Jangan salahkan orang lain kata Kit Siang kepada Najib
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
3 jam lalu · Isu semasa
Permintaan terpendam percepat pertumbuhan KDNK: Tengku Zafrul
3 jam lalu · Isu semasa
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
4 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah dikesan di Kundasang
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok