Jangkitan Covid-19 di Sandakan dua pertiga adalah kategori satu dan dua

February 6, 2022 · Isu semasa

Dua pertiga daripada jumlah kes aktif Covid-19 di Sandakan adalah pesakit kategori satu dan dua meskipun daerah ini mencatatkan kes baharu harian tertinggi di Sabah sejak beberapa hari ini.

Pengarah Hospital Duchess of Kent (HDOK) Dr Francis Paul berkata kebanyakan pesakit menjalani kuarantin di rumah terutama pesakit kategori satu yang tidak mengalami sebarang gejala dan kategori dua yang bergejala tetapi tidak menghidap penyakit kronik, menurut laporan Bernama.

“Kita bersyukur yang dijangkiti ini kebanyakannya telah divaksin, jadi keadaan mereka tidak begitu serius.

“Diharapkan (mereka) yang dijangkiti kekal di peringkat satu dan dua sahaja kerana keadaan ini tidaklah akan membebankan pihak hospital dan penjaga kesihatan yang juga berisiko untuk dijangkiti,” katanya selepas meninjau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sandakan di sini hari ini.

Sandakan mencatatkan kes baharu harian tertinggi di Sabah selama tiga hari berturut-turut dengan 1,100 kes aktif direkodkan hingga semalam.

Dr Francis turut melahirkan kebimbangan terhadap jangkitan membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja berumur antara 11 dan 20 tahun yang semakin meningkat terutama pelajar yang berada di asrama.

“Masih ramai dalam kalangan remaja belum divaksin, jadi pihak hospital mengambil kesempatan untuk menasihat ibu bapa agar membawa anak-anak mereka untuk divaksin,” katanya.

Berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sandakan, Dr Francis berkata pihaknya menyediakan 211 katil dengan 71 katil diletakkan di HDOK, PKRC Dewan Rafflesia Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sandakan (40) manakala PKRC Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sandakan (100).

Beliau berkata jika keadaan memerlukan, pihaknya mempunyai kapasiti untuk menambah 250 katil lagi iaitu tambahan 100 katil di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sandakan dan membuka asrama Kompleks Sukan Sandakan sebagai PKRC yang boleh menampung hingga 150 katil.

“Kita menjangkakan peningkatan kes secara mendadak dalam 14 hari hingga sebulan lagi. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard terutama mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mencuci tangan serta mengelak tempat kunjungan ramai,” katanya.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Jenazah pendaki Everest negara selamat tiba di ibu negara
May 27, 2023· Isu semasa
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
11 minit lalu · Isu semasa
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
5 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok