Jangkitan Covid-19 di Perlis melonjak, Selangor catat 1,630 kes

October 14, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri hari ini merekodkan jumlah peningkatan kes harian Covid-19, dengan Perlis kembali melonjak lebih sekali ganda berbanding jangkitan yang dicatatkan semalam.

Berdasarkan perbandingan data yang dikeluarkan setiap Jabatan Kesihatan Negeri, Perlis hari ini merekodkan 82 jangkitan baharu, berbanding 32 kes semalam.

Semalam berlaku kesilapan apabila laman sesawang baharu Kementerian Kesihatan (KKM), COVIDNOW, melaporkan 405 kes baharu di Perlis, sedangkan angka sebenar adalah 32 kes sahaja.

Sementara itu, Selangor merekodkan kenaikan kes harian tiga hari berturut-turut apabila dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi mencatat 1,630 kes berbanding 1,449 semalam. Kelmarin negeri itu mencatat 1,302 berbanding 671 pada Isnin lalu.

Negeri lain yang merekodkan peningkatan jangkitan hari ini ialah Johor, daripada 703 kes semalam kepada 804 kes hari ini; Pulau Pinang (587 kes hari ini, 474 semalam); dan Perak (409 kes hari ini, 405 semalam).

Melaka juga merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini apabila mencatat 255 kes berbanding 188 semalam, diikuti Negeri Sembilan (184 kes hari ini, 167 semalam); dan Putrajaya (24 kes hari ini, 19 semalam).

Sementara itu sejak awal tahun lalu sehingga semalam, empat negeri kekal mencatat jumlah keseluruhan kes Covid-19 melepasi 200,000.

Sehingga semalam, Selangor mencatat 692,385 kes positif dengan 668,701 pesakit telah sembuh; Sarawak (227,414 kes positif, 208,885 sembuh); Sabah (207,410 kes positif, 194,877 sembuh); dan Johor (207,076 kes positif, 191,708 kes sembuh).

Dari segi jumlah kematian pula, sehingga semalam lapan negeri merekodkan kes empat angka didahului Selangor sebanyak 9,497 kematian; Johor (3,464 kes); Kuala Lumpur (2,522 kes); Sabah (2,369 kes); Kedah (1,914 kes); Pulau Pinang (1,497 kes); Negeri Sembilan (1,209 kes); dan Sarawak (1,041 kes).

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok