Jangkitan Covid-19 di lapan negeri meningkat, Kedah tertinggi

December 3, 2021 · Isu semasa

Lapan negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan kes harian baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi dengan keseluruhannya negara mencatatkan 5,551 kes.

Kedah hari ini merekodkan peningkatan sebanyak 388 kes berbanding 332 kes semalam, menjadikan kumulatif positif sebanyak 160,467 kes, dengan 155,167 pesakit sembuh dan 2,092 meninggal dunia.

Sehingga semalam, Kedah mencatat 3,271 kes aktif, termasuk 2,711 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah; 311 ditempatkan di PKRC; 217 dimasukkan ke hospital; dan 32 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Ini diikuti Pulau Pinang yang mencatat 291 kes baharu berbanding 262 semalam; Perak (248 kes baharu, 228 semalam); Terengganu (229 kes baharu, 191 semalam); Negeri Sembilan (219 kes baharu, 181 semalam); Sarawak (106 kes baharu, 91 semalam; Perlis (49 kes baharu, 47 semalam); dan Labuan (enam kes baharu, lima semalam).

Selangor, walaupun merekodkan penurunan jangkitan hari ini, namun kekal negeri tertinggi mencatat kes baharu sebanyak 1,719 kes berbanding 1,726 semalam.

Keseluruhannya sebanyak 2,649,578 kes positif Covid-19 dilaporkan di negara ini, dengan 2,551,253 pesakit sembuh, dan 30,521 kematian.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam lagi kluster baharu dikesan menjadikan keseluruhannya 5,965 kluster dengan 5,737 telah ditamatkan dan 228 lagi masih aktif.

“Daripada 5,551 kes harian yang dilaporkan pada hari ini 78 kes atau 1.4 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 5,473 kes (98.6 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Beliau berkata sehingga hari ini 499 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 269 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok