Jangkitan Covid-19 di 11 negeri naik, Selangor catat 1,431 kes

Sebelas negeri merekodkan peningkatan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari semalam, berbanding hanya tujuh negeri yang mencatatkan peningkatan kelmarin.

Dalam tempoh itu, jangkitan baharu di Selangor terus naik dua hari berturut-turut apabila merekodkan 1,431 kes baharu, berbanding 1,222 kes semalam.

Sepuluh negeri lagi yang mencatat kenaikan kes melibatkan Sabah dengan 599 kes baharu, berbanding 585 semalam; Johor (575 kes baharu, 555 semalam); Pulau Pinang (384 kes baharu, 325 semalam); Perak (297 kes baharu, 251 semalam); dan Terengganu (293 kes baharu, 290 semalam).

Melaka pula merekodkan 253 kes baharu, berbanding 156 semalam; Negeri Sembilan (249 kes baharu, 176 semalam); Perlis (83 kes baharu, 42 semalam); Putrajaya (31 kes baharu, 14 semalam); dan Labuan (12 kes baharu, enam semalam).

Sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan semalam, termasuk lima daripadanya berkaitan tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Pulau Pinang, komuniti (Selangor) dan institusi pendidikan (Labuan).

Lima kluster tempat kerja melibatkan dua di Selangor dan masing-masing satu di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Sejak awal tahun lalu sehingga kini, 5,752 kluster Covid-19 dikesan dengan 5,278 telah ditamatkan dan 474 lagi masih aktif.

BERITA BERKAIT
POPULAR