[KEMAS KINI] Sarawak catat kes baharu lebih tinggi daripada Lembah Klang

September 26, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi di Sarawak lebih tinggi daripada yang direkodkan di Lembah Klang – merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam tempoh itu, Sarawak mencatat peningkatan jangkitan baharu apabila merekodkan 2,943 kes berbanding 2,712 semalam.

Lembah Klang hari ini mencatat 1,852 jangkitan, turun daripada 2,688 kes semalam. Ketiga-tiga negeri itu semalam merekodkan peningkatan kes baharu, namun hari ini semuanya turun, dengan Selangor mencatat 1,558 kes berbanding 2,341 semalam; Kuala Lumpur (270 hari ini, 310 semalam; dan Putrajaya (24 kes hari ini, 37 semalam).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu, 13,104 jangkitan baharu direkodkan, turun buat hari kedua berturut-turut, berbanding 13,899 kes semalam, dan terendah dalam tempoh dua bulan.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan keseluruhan kes positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,198,235 kes.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, enam lagi negeri merekodkan peningkatan kes berbanding semalam.

Johor merekodkan 1,455 jangkitan baharu, meningkat berbanding 1,377 kes yang dicatat dalam tempoh sama semalam, diikuti Kelantan (1,206 kes hari ini, 1,170 semalam).

Sabah pula merekodkan 1,078 kes baharu hari ini, berbanding 962 semalam; Kedah (721 hari ini, 708 semalam); Melaka (362 hari ini, 339 semalam); dan Perlis (80 hari ini, 17 semalam).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok