Jangkitan baharu turun semula bawah 3,000, sembilan kematian

November 1, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 31 Oktober 2022) turun semula, setelah tiga hari berturut-turut mencatat angka melebihi 3,000 kes.

Dalam tempoh semalam sebanyak 2,913 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 3,129 kes pada Ahad, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Angka itu turut membabitkan tujuh kes import yang positif Covid-19.

Jumlah itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,902,964 kes, dengan 4,835,053 pesakit telah sembuh, termasuk 2,833 yang pulih semalam.

Selangor masih kekal mencatat kes tertinggi sebanyak 1,153 menjadikan kumulatif positif di negeri itu meningkat kepada 1,499,353 kes.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 2,131 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak, berbanding 2,411 pada Ahad.

Sebanyak 528 kes (penerima dua dos – 518 Ahad); 240 kes (individu tidak divaksinasi – 192 Ahad); dan 14 kes (individu belum lengkap divaksinasi – lapan Ahad).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW juga menunjukkan sehingga kini 31,436 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 31,365 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 29,973 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (29,855 pesakit pada Ahad); 1,407 dirawat di hospital, turun berbanding 1,444 pada Ahad.

Seramai 56 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (66 pada Ahad), dengan 34 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (39 Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,153 (1,499,353)
  • Kuala Lumpur – 611 (451,764)
  • Sabah – 134 (398,827)
  • Johor – 59 (395,293)
  • Sarawak – 37 (317,457)
  • Kedah – 100 (311,728)
  • Pulau Pinang – 140 (300,257)
  • Kelantan – 116 (255,215)
  • Perak – 199 (232,500)
  • Negeri Sembilan – 155 (225,191)
  • Pahang – 43 (178,630)
  • Melaka – 57 (137,074)
  • Terengganu – 43 (130,289)
  • Putrajaya – 63 (28,446)
  • Labuan – 1 (22,333)
  • Perlis – 2 (18,607)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan sembilan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’.

Daripada jumlah itu, tiga kematian dilaporkan di Negeri Sembilan (satu BID); masing-masing dua kes di Johor serta Selangor; dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang.

Rekod itu menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sejak kes pertama dilaporkan pada 17 Mac 2020 lalu hingga semalam meningkat kepada 36,475 kes.

Jumlah itu, termasuk 7,762 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022· Isu semasa
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
28 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
15 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok