Jangkitan baharu turun, kes di Sarawak tertinggi atasi Selangor

Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah 18,000 kes sejak kali terakhir merekodkan angka terendah sebanyak 18,762 kes pada 1 September lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu, 17,352 jangkitan baharu dikesan menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,862,187 kes positif.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, kecuali Kedah, Kelantan, Perak dan Labuan, semua negeri di seluruh negara mencatatkan penurunan jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam itu.

Menurut data itu, Kedah mencatatkan 1,599 jangkitan baharu hari ini, berbanding 1,587 kes semalam, diikuti Kelantan (1,213 kes baharu, 1,078 semalam); Perak (1,082 kes baharu, 1,057 semalam); dan Labuan (lima kes baharu, empat kes semalam).

Sarawak, walaupun mengalami penurunan jangkitan baharu hari ini, menjadi negeri tertinggi mengatasi Selangor dengan merekoakan 3,714 jangkitan baharu berbanding 3,747 kes semalam.

BERITA BERKAIT
POPULAR