Jangkitan baharu terus melonjak, tertinggi sejak 17 September 2021

February 9, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi terus melonjak tinggi berbanding semalam – tertinggi sejak September 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu sebanyak 17,134 kes baharu direkodkan, meningkat berbanding 13,944 kes semalam.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian melebihi 17,000 adalah pada 17 September 2021 iaitu sebanyak 17,577 kes.

Angka itu, katanya menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak awal 2020 hingga hari ini sebanyak 2,956,332 kes.

Sehingga semalam, seramai 2,824,071 pesakit Covid-19 telah sembuh, dengan 32,056 kematian dilaporkan dan 83,071 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif di seluruh negara itu, 73,405 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 4,958 ditempatkan di PKRC; 4,570 dimasukkan ke hospital; dan 138 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, termasuk 71 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lebih 64.26 juta dos vaksin telah diberikan kepada penduduk Malaysia sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari hingga semalam dengan 25,724,809 atau 78.8 peratus populasi Malaysia telah lengkap divaksinasi, manakala 26,127,997 atau 80.0 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu Dr Noor Hisham berkata kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 8 Februari 2022 untuk seluruh negara adalah pada nilai RT 1.39 – naik daripada 1.32 sehari sebelumnya.

Nilai RT merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai RT berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi nilai 1.00 dengan lebih ramai individu berpotensi untuk dijangkiti.

Berdasarkan statistik dikongsi beliau semua negeri dan Wilayah Persekutuan merekodkan kadar kebolehjangkitan melebihi RT 1.00, dengan tertinggi di Sarawak dengan nilai 1.68 dan Perlis (1.65).

Sabah pula pada nilai RT 1.59, diikuti Labuan (1.51); Terengganu (1.40); Kedah (1.36); Putrajaya (1.35); Pulau Pinang (1.34); Pahang (1.28); Johor (1.26); Selangor (1.25); masing-masing 1.24 bagi Kelantan dan Perak; Melaka (1.20); Kuala Lumpur (1.18); dan Negeri Sembilan (1.14).

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
23 jam lalu· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
4 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
4 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
4 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
4 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
9 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok