Jangkitan baharu semalam turun 4 hari berturut-turut, enam kematian

January 17, 2023 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 16 Januari 2023) turun lagi – empat hari berturut-turut – namun enam pesakit meninggal dunia setelah dua hari (Sabtu dan Ahad) mencatat sifar kematian.

Dalam tempoh semalam sebanyak 227 jangkitan baharu direkodkan, berbanding 244 yang dicatat pada Ahad, 287 (Sabtu) dan 320 kes (Jumaat). Ketiga-tiganya menyamai paras terendah sejak Oktober 2020.

Empat daripada jangkitan baharu itu adalah kes import. Tetapi tiada maklumat kewarganegaraan individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 itu.

Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan, tidak merekodkan kes baharu semalam – dua hari berturut-turut, menurut data laman sesawang Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Data itu juga menunjukkan jangkitan semalam turut melibatkan 11 kanak-kanak, turun berbanding 22 yang direkodkan pada Sabtu.

Ia membabitkan dua kes kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan sembilan kes yang berusia lima hingga 11 tahun, lapor KKM.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 159 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin dos penggalak, diikuti 41 (individu yang lengkap divaksinasi); dua kes melibatkan individu belum lengkap divaksinasi; dan 25 kes (individu tidak divaksinasi).

Data KKMNOW pula menunjukkan jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,032,904 dengan 4,985,659 pesakit telah sembuh, termasuk 367 yang pulih semalam.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 10,331 kes masih aktif, turun berbanding 10,477 yang dilaporkan pada Ahad, manakala 9,853 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah, berbanding 10,008 pada Ahad. Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.

Menurut KKM, jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital bagaimanapun, meningkat lagi dua hari berturut-turut kepada 457 kes berbanding 449 pada Ahad.

Seramai 21 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, berbanding 20 pada Ahad, dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (sama seperti Ahad).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:

  • Selangor – 69 (1,547,070);
  • Kuala Lumpur – 33 (467,341);
  • Sabah – 8 (406,730);
  • Johor – 18 (398,064);
  • Sarawak – 14 (324,112);
  • Kedah – 15 (318,406);
  • Pulau Pinang – 4 (307,273);
  • Kelantan – 13 (259,995);
  • Perak – 16 (238,789);
  • Negeri Sembilan – 7 (230,797);
  • Pahang – 3 (182,552);
  • Melaka – 13 (144,673);
  • Terengganu – 10 (132,865);
  • Putrajaya – 4 (32,310);
  • Labuan – 0 (22,947); dan
  • Perlis – 0 (18,980).

Sementara itu enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID)

Empat daripada kes kematian itu direkodkan di Johor, termasuk satu BID, dan masing-masing satu di Negeri Sembilan dan Perak (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 di seluruh negara bertambah kepada 36,914 mangsa, termasuk 7,863 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Berita berkaitan
Kes 1MDB Najib: Saksi bekas pengurus Ambank nafi bersuhabat dengan Jho Low
February 3, 2023· Isu semasa
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023· Isu semasa
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023· Politik
Rehatkan Zahid sebagai TPM untuk fokus kes mahkamah, kata Peja
January 26, 2023· Politik
Popular
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
February 8, 2023
Enam maut nahas di Genting
February 8, 2023
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kertas putih perolehan vaksin, lagi satu kerja buang masa kerajaan campuran
9 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol, diesel tak berubah hingga 15 Februari ini
2 jam lalu · Isu semasa
KJ tolak tuduhan Anwar AGC tak lulus pembelian vaksin Covid-19
3 jam lalu · Isu semasa
Enam maut nahas di Genting
5 jam lalu · Isu semasa
Hormat kedaulatan Malaysia, kata KP Imigresen isu tangkap PATI Indon
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok