Jangkitan baharu semalam terendah sejak 5 Februari, kes di 7 negeri naik

Malaysia merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 terendah sejak Februari lalu apabila mencatat 7,739 kes semalam (Isnin, 11 April 2022) berbanding 8,112 kes pada Ahad.

Kali terakhir jangkitan harian terendah dicatat pada 5 Februari lalu apabila merekodkan 9,117 kes, sebelum ianya mula meningkat kepada lima digit.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,333,557 kes, dengan 4,163,777 pesakit telah pulih, 35,311 kematian dilaporkan dan 134,469 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 131,235 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 266 ditempatkan di PKRC; 2,794 dimasukkan ke hospital; dan 174 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 102 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak 24 Februari tahun lalu, 69,272,251 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu, 25,984,454 atau 79.6 peratus lengkap dua dos suntikan, 27,567,306 atau 84.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 15,933,049 atau 67.7 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan tujuh negeri mencatat peningkatan jangkitan harian semalam, berbanding Ahad, tetapi nisbahnya adalah kecil.

Selangor mencatat 4,444 jangkitan baharu, tinggi sedikit berbanding 4,299 yang direkodkan pada Ahad, menjadikan kumulatif positif naik kepada 1,270,560 kes, dengan 1,184,455 pesakit telah sembuh, 10,585 kematian, dan 75,520 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 74,648 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 80 ditempatkan di PKRC; 747 dimasukkan ke hospital; dan 45 pesakit dirawat di ICU, dengan 24 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, 4,858,901 atau 95.9 peratus populasi di Selangor telah lengkap menerima dua dos, 5,148,732 atau 101.4 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 4,016,099 atau 94.0 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, Johor pula mencatat 494 jangkitan baharu berbanding 404 pada Ahad, diikuti Kedah (300 kes, 257 Ahad); Terengganu (262 kes, 211 Ahad); Kelantan (133 kes, 98 Ahad); Perlis (34 kes, 26 Ahad); dan Putrajaya (33 kes, 11 Ahad).

Jangkitan harian terendah yang dicatatkan ialah di Labuan sebanyak 10 kes, berbanding 22 kes pada Ahad.

Berikut adalah pecahan kumulatif kes positif bagi setiap negeri:

  • Selangor – 1,270,560;
  • Johor – 378,364;
  • Sabah – 369,249;
  • Kuala Lumpur – 337,303;
  • Sarawak – 302,635;
  • Kedah – 295,986;
  • Pulau Pinang – 273,026;
  • Kelantan – 246,514;
  • Negeri Sembilan – 195,548;
  • Perak – 195,283;
  • Pahang – 169,152;
  • Terengganu – 123,952;
  • Melaka – 119,226;
  • Labuan – 21,174;
  • Putrajaya – 18,520; dan
  • Perlis – 17,065.

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 11 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR