[KEMAS KINI] Jangkitan baharu naik, kes di lapan negeri meningkat

September 10, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat semula melepasi angka 20,000, berbanding semalam, disumbang lonjakan kes di lapan negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 21,176 jangkitan baharu dikesan di seluruh negara, yang turut membabitkan 2,567 rakyat asing, menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1,940,950 kes.

Semalam, negara merekodkan 19,307 jangkitan baharu dengan tujuh negeri mencatat peningkatan kes, dan 323 kematian.

Mengikut data dikongsi Dr Noor Hisham, lapan negeri yang merekodkan peningkatan jangkitan baharu hari ini ialah Sarawak, Selangor, Johor, Kedah, Perak, Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Sarawak – yang mencatatkan kes tertinggi sebanyak 3,747 pada 5 September lalu – hari ini merekodkan 3,734 jangkitan baharu berbanding 3,118 kes semalam, meningkat dua hari berturut-turut.

Ini diikuti Selangor yang merekodkan 3,595 kes hari ini berbanding 2,700 semalam; Johor (2,297 kes hari ini, 2,032 semalam); Kedah (1,808 kes hari ini, 1,355 semalam); Perak (1,366 kes hari ini, 1,341 semalam); Pahang (853 kes hari ini, 661 semalam); Melaka (485 kes hari ini, 340 semalam); dan Negeri Sembilan (252 kes hari ini, 207 semalam).

Data 10 September 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah jangkitan baharu hari ini, 338 kes atau 1.6 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5, manakala 20,838 (98.4 peratus) dalam kategori 1 dan 2.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam itu juga, 341 pesakit, termasuk 41 bukan warganegara Malaysia meninggal dunia, menjadikan keseluruhannya 19,827 kes kumulatif.

“Sebanyak 102 kes kematian sebelum dibawa ke hospital (BID) yang turut membabitkan 20 rakyat asing juga dilaporkan,” katanya.

Beliau juga memaklumkan 37 kluster baharu dikesan dalam tempoh itu menjadikan keseluruhannya 5,059 kluster dengan 3,604 telah ditamatkan dan 1,455 lagi masih aktif.

Dr Noor Hisham berkata seramai 21,476 pesakit pula dilaporkan sembuh menjadikan keseluruhannya 1,678,972 kes kumulatif, manakala 242,161 kes lagi masih aktif.

“Sehingga hari ini sebanyak 1,310 kes berkaitan Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi. Ini termasuk 935 kes yang disahkan positif, manakala 375 lagi disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Daripada jumlah itu, 773 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
2 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
5 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
57 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok