Jangkitan baharu naik melepasi 4,000

Sebanyak 4,097 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, meningkat berbanding 3,504 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes positif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 2,699,240 kes.

Bagaimanapun, sehingga semalam seramai 2,606,309 pesakit dilaporkan sembuh.

Pada masa sama, beliau memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.94.

Bagaimanapun, lima negeri mencatat nilai Rt melebihi 1.00, dengan kadar kebolehjangkitan Negeri Sembilan pada 1.02.

Tiga negeri, Pulau Pinang, Pahang dan Perlis pula mencatat nilai Rt 1.01, manakala Melaka Rt 1.00.

Negeri-negeri lain mencatat nilai Rt antara 0.73 dan 0.99.

BERITA BERKAIT
POPULAR