Jangkitan baharu naik kepada 5,413 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat sedikit berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu 5,413 jangkitan baharu direkodkan berbanding 5,143 kes dalam tempoh sama semalam.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif posutif kini sebanyak 2,556,865 kes, sementara sehingga semalam 2,455,765 pesakit disahkan sembuh.

Mengenai kadar kebolehjangkitan Covid-19, beliau berkata Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 15 November 2021 untuk seluruh negara adalah 1.05.

Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat Ro/Rt melebihi 1.00 iaitu Putrajaya sebanyak 1.17; Negeri Sembilan (1.05); Pahang (1.02); Selangor (1.04); Sabah (1.00); Kelantan (1.04); dan Kuala Lumpur (1.04).

Sementara itu, menurut KKM, sehingga semalam individu berusia antara 18 hingga 59 tahun menjadi kumpulan paling ramai dijangkiti Covid-19 iaitu membabitkan 68.8 peratus daripada kumulatif kes positif.

Sementara 14.7 peratus lagi melibatkan kumpulan usia 0 hingga 11 tahun; 9.2 peratus (60 tahun dan ke atas); dan 7.3 peratus membabitkan individu berusia 12 hingga 17 tahun.

BERITA BERKAIT
POPULAR