Jangkitan baharu meningkat sedikit

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 5 April) meningkat semula apabila mencatat 12,017 kes baharu, berbanding 10,002 pada Isnin.

Angka itu menjadikan kumulatif positif sejak kes pertama Covid-19 dikesan di negara ini pada Januari 2020 lalu meningkat kepada 4,268,48 kes, menurut laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini 6.30 pagi tadi, ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Dalam tempoh itu seramai 4,062,154 pesakit telah pulih, 35,160 kematian dilaporkan dan 171,172 kes masih aktif, termasuk 167,130 pesakit yang menjalani kuarantin di rumah kerana jangkitan tahap rendah yang tidak memerlukan rawatan intensif.

Seramai 385 pesakit lagi ditempatkan di PKRC, 3,423 dirawat di hospital, dan 234 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 131 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Data terbaharu juga menunjukkan 10 negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat peningkatan jangkitan harian membabitkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Terengganu, Sabah, Perlis, dan Labuan.

Selangor merekodkan 7,448 jangkitan baharu, naik daripada 5,791 kes yang dicatat pada Isnin, menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,233,255 kes, dengan 1,130,906 pesakit telah pulih, dan 10,559 kes kematian direkodkan.

Negeri itu juga mencatat 91,790 kes masih aktif, dengan 90,791 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 112 ditempatkan di PKRC; 843 dimasukkan ke hospital; dan 44 dirawat di ICU dengan 29 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam juga seramai 4,825,326 atau 95.3 peratus populasi di Selangor telah lengkap dua dos vaksin Covid-19, 5,141,969 atau 101.3 peratus lagi menerima satu dos, dan 4,004,249 atau 93.8 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Sementara itu, negeri-negeri lain yang mencatat peningkatan kes ialah:

  • Kuala Lumpur – 756 kes (481 Isnin);
  • Johor – 560 kes (489 Isnin);
  • Pulau Pinang – 457 kes (414 Isnin);
  • Kedah – 456 kes (338 Isnin);
  • Sarawak – 406 kes (328 Isnin);
  • Terengganu – 247 kes (238 Isnin);
  • Sabah – 198 kes (140 Isnin);
  • Perlis – 33 kes (20 Isnin); dan
  • Labuan – 31 kes (20 Isnin).

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 5 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR