Jangkitan baharu melonjak tertinggi hari ini, kes di sembilan negeri naik

Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak ke paras tertinggi sejak pandemik itu melanda negara Mac tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh 24 jam itu 24,599 jangkitan baharu dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif 1,640,843 kes.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, sembilan negeri merekodkan peningkatan dengan kes di Selangor melonjak lagi kepada 6,936 jangkitan berbanding 6,325 kes semalam.

Negeri lain yang mencatatkan peningkatan ialag Sarawak daripada 1,667 kes semalam kepada 2,024 hari ini; Sabah (3,487 hari ini, 3,224 semalam); Pulau Pinang (2,078 hari ini, 1,427 semalam); Perlis (67 hari ini, 44 semalam); Pahang (690 hari ini, 522 semalam); Negeri Sembilan (526 hari ini, 269 semalam); Melaka (515 hari ini, 342 semalam); dan Johor (2,785 hari ini, 1,832 semalam).

Sementara itu Dr Noor Hisham mengingatkan orang ramai tidak berkongsi berita palsu terutama yang disebarkan semula di dalam media sosial.

“Ini adalah berita palsu yang mula disebar pada tahun 2020 dan disebarkan semula sejak akhir-akhir ini. Kami mohon orang ramai tidak kongsi berita palsu ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan 180,000 dos vaksin satu suntikan Cansino telah dihantar ke Sabah.

“Diharapkan vaksin Cansino dapat mempercepatkan san memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pendalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR