Jangkitan baharu melonjak 27,179 semalam, 267,084 kes masih aktif

February 23, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam, Selasa, (22 Februari 2022), melonjak semula dengan tambahan 2,170 kes baharu berbanding semalam.

Dalam tempoh itu, negara mencatatkan 27,179 jangkitan positif Covid-19, berbanding 25,099 kes yang direkod pada Isnin, menurut statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) tengah malam tadi.

Kes baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3,273,958 kes, dengan 19,037 pesakit dilaporkan sembuh semalam menjadikan kes pulih sebanyak 2,974,441.

Dalam tempoh sama 43 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, jumlah yang sama seperti semalam, menjadikan kumulatif kematian sejak awal 2020 kepada 32,433 kes.

Hanya tiga negeri sahaja semalam merekodkan penurunan jumlah jangkitan harian iaitu Sabah daripada 4,770 pada Isnin kepada 4,406 semalam, diikuti Negeri Sembilan (1,325 pada Isnin, 1,157 semalam); dan Johor (2,697 pada Isnin, 2,200 semalam).

Data ditunjukkan laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan yang lain mencatat peningkatan dengan tujuh daripadanya merekodkan kes empat digit.

Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 5,568 semalam berbanding 5,535 pada Isnin, menjadikan kumulatif positif di negeri itu yang tertinggi sekali iaitu sebanyak 907,427 kes.

Daripada jumlah itu seramai 830,972 pesakit telah sembuh, 10,132 kes kematian dan 66,323 kes aktif, dengan 64,653 pesakit kini menjalani kuarantin di rumah; 407 ditempatkan di PKRC; 1,230 dimasukkan ke hospital; dan 33 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 25 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pulau Pinang mencatat 2,601 kes semalam berbanding 1,752 pada Isnin, diikuti Kedah (2,583 semalam, 2,486 Isnin); Kelantan (2,043 semalam, 1,900 Isnin); Pahang (1,668 semalam, 1,365 Isnin); Kuala Lumpur (1,355 semalam, 866 Isnin); dan Perak (1,025 semalam, 465 Isnin).

Sementara itu, Terengganu mencatat 782 kes semalam berbanding 607 pada Isnin; Melaka (611 semalam, 403 Isnin); Sarawak (441 semalam, 294 Isnin); Perlis (299 semalam, 219 Isnin); Labuan (277 semalam, 260 Isnin); dan Putrajaya (163 semalam, 155 Isnin).

Sehingga semalam, jumlah kes aktif di seluruh negara bertambah 8,099 kes menjadikan kini terdapat 267,084 kes masih aktif.

Daripada jumlah itu, 254,520 individu diarah menjalani kuarantin di rumah; 4,704 ditempatkan di PKRC; 7,574 dimasukkan ke hospital; dan 286 pesakit dirawat di ICU, dengan 180 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka
September 15, 2022· Isu semasa
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
2 jam lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok