
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, 10 Jun 2022.
Jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 10 Jun 2022) naik lagi – kali ketiga berturut-turut – melepasi angka 2,000.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 2,166 jangkitan baharu, termasuk satu kes import, dilaporkan semalam, berbanding 1,887 kes pada Khamis.
Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,523,018 kes, dengan 4,464,558 pesakit telah sembuh, termasuk 1,488 yang pulih semalam.
Data laman sesawang Github KKM menunjukkan daripada jangkitan baharu semalam, 1,660 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (337 kes); individu tidak divaksinasi (151 kes); dan 18 kes (penerima belum lengkap vaksinasi).
Selain itu, jumlah kes aktif turut meningkat kepada 22,751 kes berbanding 22,074 pada Khamis.
Daripada jumlah kes aktif itu, 21,764 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 27 ditempatkan di PKRC; 946 dirawat di hospital; dan 24 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 13 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 918 (1,373,418);
- Johor – 57 (384,813);
- Sabah – 87 (372,650);
- Kuala Lumpur – 487 (360,663);
- Sarawak – 47 (306,957);
- Kedah – 51 (300,792);
- Pulau Pinang – 152 (282,397);
- Kelantan – 15 (248,008);
- Negeri Sembilan – 88 (205,720);
- Perak – 113 (204,735);
- Pahang – 28 (171,867);
- Terengganu – 6 (126,320);
- Melaka – 54 (124,799);
- Labuan – 1 (21,429);
- Putrajaya – 60 (20,981); dan
- Perlis – 2 (17,469).
Sementara itu, KKM juga memaklumkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 di hospital, kecuali satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kematian BID yang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan.
Sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 35,709 kes, termasuk 7,573 kes BID.
Berikut pula adalah jumlah kes kematian mengikut negeri sejak 2020 hingga 10 Jun 2022:
- Selangor – 10,670 (termasuk 2,312 kes BID);
- Johor – 4,350 (613);
- Sabah – 3,127 (1,270);
- Kuala Lumpur – 2,822 (737);
- Kedah – 2,650 (481);
- Pulau Pinang – 1,992 (433);
- Perak – 1,925 (297);
- Sarawak – 1,737 (379);
- Negeri Sembilan – 1,478 (188);
- Kelantan – 1,420 (398);
- Melaka – 1,128 (171);
- Pahang – 976 (130);
- Terengganu – 868 (110);
- Perlis – 187 (9);
- Labuan – 155 (44); dan
- Putrajaya – 44 (1).