(KEMAS KINI) Jangkitan baharu lepasi 3,000

April 28, 2021 · Isu semasa

Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu mula melebihi 3,000 kes berbanding 2,733 yang dicatatkan semalam.

Menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan (KKM), kes baharu Covid-19 hari ini mencecah 3,142 kes, menjadikan jumlah kumulatif Civid-19 ialah 401,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi hari ini iaitu sebanyak 1,019 kes.

“Ia diikuti Kelantan sebanyak 523 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes, Sarawak 416 kes, Johor 194 kes,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 26,719 kes aktif direkodkan ketika ini dengan 306 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 151 memerlukan bantuan pernafasan.

“Sementara itu, 15 kematian baharu akibat Covid-19 turut dicatatkan, menjadikan kes kematian keseluruhan melonjak kepada 1,477 atau 0.37 peratus daripada keseluruhan kes di Malaysia.

“Semua kes kematian membabitkan rakyat tempatan dengan enam kes di Sarawak, dua di Kelantan dan masing-masing satu di Johor, Selangor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan serta Pahang,” katanya.

Tambahnya, terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat kluster komuniti, dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, dan kluster keagamaan.

Dalam pada itu jelasnya, sebanyak 1,822 kes sembuh direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 373,397 kes sembuh atau 93 peratus daripada keseluruhan jangkitan di negara ini.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
17 minit lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
36 minit lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
1 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok